Baru-baru ini, tiga orang artis telah mendapati penganugerahan yang membawa gelaran datuk sempena Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran, Hari Keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A’ Farmosa Resort pada 4 Mei lalu.

Antara artis yang menerima gelaran itu ialah Pian Cecupak, Boy Iman dan Nash. Namun begitu, dua daripada penerima pingat iaitu Pian Cecupak dan Boy Iman berasa bengang kerana gelaran mereka itu dikutuk peminat kerana ia tidak di iktiraf di Malaysia.

Dipetik jawapan Pian mengenai isu itu

Saya marah dengan mereka yang mempersendakan dan mengutuk tentang peribadi saya serta mempersoalkan gelaran ini tanpa bertanya terlebih dahulu.

Sudahlah saya dipinggirkan daripada industri seni, kini mereka keji dan melemparkan kata-kata hinaan dengan menjadikan saya sebagai bahan jenaka mereka serta mengungkit kisah lama saya

Sebagai rekod, anugerah yang diberikan oleh ketua-ketua wilayah dan pemimpin-pemimpin tradisional di mana-mana negeri tidak diiktiraf di negara ini MELAINKAN kurniaan Yang Di-Pertuan Agong dan Ketua-Ketua Kerajaan Negeri.