Terkesan daripada isu antara Shila Amzah dan media-media melayu, Datuk Siti Nurhaliza penyanyi nombor satu Malaysia tampil untuk memberi nasihat buat Shila dan peminatnya.

Menurut tembual Datuk Siti bersama Berita Harian, dia terpaksa menegur sikap fanatik sesetengah peminat Shila supaya jangan sewenang-wenang menabur fitnah demi mempertahankan artis kesayangannya.

Datuk Siti menasihati Shila agar sentiasa berfikir panjang sebelum membuat sebarang tindakan kerana artis dan media saling memerlukan.

“Siti sebagai kakak kepadanya di dalam industri, dia perlu sentiasa berfikir panjang dulu dengan sebarang tindakan yang dibuat. Artis dan media saling memerlukan.

“Mungkin apa yang berlaku ini, dia terlepas pandang. Kalau bukan dia yang tulis kenyataan sebegitu atau ada orang lain menulis pun, kena banyak kali fikir sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial. Hal ini membabitkan artis dan media. Di mana dia bermula pun dengan bantuan rakan media,”