Friday , July 10 2020

Demonstrasi Babi di Pasar Kuala Sungai Baru, Melaka

Kira- kira 500 penduduk berhimpun di hadapan Pasar Kuala Sungai Baru, di sini hari ini bagi mendesak pihak berkuasa menahan individu yang meletakkan kepala babi di kampung itu baru-baru ini.

Mereka termasuk 30 ahli Pergerakan Puteri UMNO Melaka berhimpun seawal pukul 9 pagi di sepanjang jalan raya di situ sambil memegang sepanduk mendesak kerajaan negeri dan polis menyiasat kejadian itu.

Demonstrasi hari ini merupakan yang kedua selepas demonstrasi pertama diadakan Selasa lalu oleh 20 penduduk Kampung Kuala Sungai Baru yang berarak ke balai polis berdekatan Masjid Tanah di sini, ekoran penemuan bangkai babi di pantai Kemunting, Pengkalan Balak dekat sini.

Berita diambil dari Utusan Malaysia

Kredit gambar: Bob

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Dato’ Dr Noraini Ahmad dikecam anjurkan pertandingan TikTok

Dato’ Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah dikecam hebat oleh netizen gara-gara memuat naik …

counter statistics