Saturday , December 3 2016
Home / Dunia Artis / Ekin, isteri Mawi selamat melahirkan bayi perempuan

Ekin, isteri Mawi selamat melahirkan bayi perempuan

Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.

Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama.

Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.

“Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).

“Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat,” kata Nasir yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Sementara itu, Nasir berkata, pasangan itu enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini.

Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut.

Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu.

Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran ‘orang ketiga’ tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.

Sumber dipetik: mStar Online

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

6-julia-ziegler-kahwin-mediamalaya

Julia Ziegler Kahwin Jurutera Januari 2017 (6 Gambar)

Untung badan jadi artis. Pelakon Julia Ziegler akan menamatkan zaman bujangnya dengan bakal menikahi seorang ...

5 comments

  1. congrat…tahniahh …~first

  2. haha bijak ekin time mawi jatuh ni la nk anak bagai,yela ade ank peluang nk kaut hrta mawi makin cerah lah dh dpt ape yg nak dia tinggalkan la ko mawi,dasar perempuan jalang

  3. muka tgk putih segak dah mai tang tangan hitam….jaga la seluruh badan jgn harap muka ja licin segak putihhh…huhuhuh

counter statistics