Monday , September 26 2016
Home / Gossip Panas / Emma Akma Tekad Untuk Berpisah

Emma Akma Tekad Untuk Berpisah


Saya tidak pasti sama ada ini suaminya atau bukan kerana tidak menjumpai gambar terkini suaminya. Apa yang saya lihat, suaminya dulu seorang yang berbadan kurus.

DUA minggu lalu, Raja pernah menyiarkan penderitaan seorang dramatis, Emma Akma yang dipukul suami sehingga patah hidung hingga perlu menjalani pembedahan ketika umat Islam sedang berseronok dan bergembira bersama keluarga menyambut 1 Syawal.

Saya tekad Raja, saya tak sanggup melalui peristiwa ini lagi. Hari ini hidung saya patah ditumbuk dan dikerjakannya, esok lusa mungkin juga nyawa saya melayang. Siapa yang tak sayangkan perkahwinan tetapi saya juga kena fikirkan diri saya sendiri, saya tak mahu terus-terusan jadi mangsa.

Suami agak keberatan mahu melepaskan saya, tetapi selepas apa yang berlaku, saya sudah tawar hati dengannya. Hati saya hancur dengan perbuatannya. Mungkin saya boleh memaafkannya tetapi saya tidak mampu melupakan apa yang berlaku, lebih lagi apabila perkara itu berlaku ketika umat Islam meraikan Syawal.

Saya bukan hendak memihak kepada suaminya, tetapi dari kenyataan yang diberi di akhbar, saya menyangka seperti ada yang tidak kena di sini. Jika suaminya sudah belasah dia sehingga hidungnya patah, kenapa masih tidak mahu lepaskan isterinya?

Dan kenapa Emma Akma beriya-iya ingin memohon fail penceraian? Adakah mungkin Emma Akma sendiri seorang yang liar gaya hidupnya sehinggakan suami terlalu marah dengan sikapnya lalu tidak dapat menahan emosi membelasahnya sehingga patah hidungnya?

Dan kenapa ipar duai seperti tidak berperikemanusiaan masih menyokong dibelakang suaminya walaupun semua orang tahu tindakan suaminya melampaui batas?

Persoalannya di sini, wartawan pasti cuba menyelamatkan karier seseorang pelakon, jadi tidak kira buruk macam mana pun, jika pelakon tersebut perlu dipertahankan, mereka tidak akan membuka cerita sebenar 100% di akhbar.

Jadi yang jadi mangsanya ialah peminat, kerana menyalahkan sebelah pihak tanpa mendengar penjelasan dari pihak yang satu lagi.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

04-fizie-hot-fm-mangsa-bogel-mediamalaya

Mangsa penyebaran gambar bogel seterusnya, Fizie Hot FM? (5 Gambar)

Bulan ni macam bulan viral gambar bogel artis pula. Selepas cerita gambar bogel Idris Khan ...

2 comments

  1. Itu bukan suami Emma Akma!

    Lelaki itu adalah salah seorang rakan niaga dalam syarikat jualan langsung yang disertai Emma (yang mana dia sangat aktif dan telah berjaya – juga menjadi duta produk krim syarikat itu). Lelaki itu isterinya seorang guru sekolah dan mereka berdua sangat bahagia dan motivator kepada perniagaan MLM mereka.

    Suami Emma Akma ialah editor tabloid Seleksi. Mereka sangat sayang menyayangi dan selalu muncul dengan bahagia di dalam akhbar sebelum ini. Sedih juga jika hubungan mereka ini berakhir…..

  2. terima kasih kerana memberi maklumat Cik Mek Kenal =)

counter statistics