Wednesday , December 7 2016
Home / Dunia Artis / Erin Malek jawab isu bergambar sebelum tidur untuk kekasih

Erin Malek jawab isu bergambar sebelum tidur untuk kekasih

NAMA pelakon Erin Malek sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar terbarunya di laman Instagram yang dimuat naik olehnya dua hari lalu menerima kritikan pelbagai pihak baru-baru ini.

Difahamkan, walaupun gambar tersebut adalah untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid.

Erin menulis kapsyen gambar sebagai, “selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid.”

Erin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, “gambar itu saya tujukan untuk semua.

“Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.

“Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,” katanya.

Erin yang mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Tentang Bulan turut berkata kenapa isu itu dibangkitkan sedangkan ramai lagi selebriti yang pernah memuat naik gambar yang lebih teruk daripadanya.

“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.

“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar ***** pun,” katanya lagi.

Erin atau nama sebenarnya Nur’ Arina Abdul Malek, 18, juga menyatakan dia tidak pernah membaca segala komen atau kritikan yang dilemparkan terhadapnya melalui gambar terbabit.

“Saya memang tidak baca segala komen yang diberikan kerana macamlah saya ini jahat sangat dan daripada saya sakit hati baca, baik saya tidak baca terus,” katanya.

Ketika ditanya adakah selepas ini dia akan lebih berhati-hati memuat naik gambarnya pada masa akan datang, Erin menjelaskan, “saya akan fikir panjang dulu sebelum nak ‘post’ apa-apa selepas ini dan bila jadi isu macam ini, saya rasa macam malas nak ‘post’ apa-apa gambar dalam instagram saya.”

Erin sebelum ini juga pernah menimbulkan kontroversi apabila dia mengakui membuat tatu serta bertindik pada lidah tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Erin kini sedang menjalani penggambaran filem Lari arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi Aaron Aziz, Dira Abu Zahar dan Hazama.

Artikel sepenuhnya milik Sinar Harian.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

3-gegar-vaganza-3-akhir-mediamalaya

Azharina Juara Gegar Vaganza 3

Program yang berlangsung selama 8 minggu ini telah berakhir selepas Azharina telah dinobatkan sebagai juara ...

9 comments

  1. kalo da dasar jalang tetaplaa jalang selame-lamenye

  2. Ko pergi belajar AGAMA nanti ko tahulah HALAL HARAM….. jangan dok jadi bodoh sangat… nama ajer ISLAM …..

  3. fuhhhh…"it's nothing.." fuhhhh…

    nanti jawab camtu depan Malaikat Munkar dan Nankir ye…diorang bleh kawtim tak agaknye…

  4. ni laa yg dikatakan maruah anak gadis zaman skang hanye di tapak kaki je..

  5. ye, selamat malam la untuk kamu Erin oi…kami suka kamu tujukan wish tu untuk semua…nx time wish je la, xyah gambar2 sgt…nanti kami xjadi tidur lak…

  6. statement bodo bangang dr artis bodo..puiii

  7. Tali baju yang terlondeh tu dah bagi tafsiran yang pelbagai. Takut wish selamat malam dan selamat tidur, tidur terus tak bangun lagi. Sedangkan itulah perbuatan jelek kita yang ditinggalkan untuk tatapan sekian banyak manusia untuk tempoh yang lama untuk kali terahir.

  8. cheap sale..

  9. Tak senonoh, tutup aurat la skit nama je islam ini ka ibu bpk ko ajar

counter statistics