Saturday , November 29 2014
Home / Dunia Artis / Ezany dulu jual belacan sekarang beli BMW

Ezany dulu jual belacan sekarang beli BMW

ezanySiapa sangka dulunya Ezany Nizariff di’tawa puas-puas oleh masyarakat sekelilingnya kerana menjadi tokey belacan yang dikatakan busuk kini tampak lebih berjaya sambil memandu BMW. Beliau yang kini memandu BMW bernombor pendaftaran SS 44 dikatakan ingin membeli satu lagi BMW 3 Series yang berharga melebihi RM100K dalam waktu terdekat.

Hasil daripada perniagaan belacannya itu, beliau mampu memiliki sebuah kenderaan Kia Sorento dan dua buah kondominium mewah. Selain menjual belacan, Ezany juga menjual sos tomato dan sos cili di kilangnya di Perlis. Bagi yang ingin merasakan belacan serta sos tomato dan sos cili keluaran syarikatnya, bolehlah dapatkannya di Giant, Mydin, Jaya Jusco dan Carrefour yang berdekatan. Jenamanya belacannya  ialah Belacan Ezany dan tidak dapat dipastikan jenama sos tomato & sos cilinya pula tetapi pengunjung boleh dapatkannya dari berjenama yang dikeluarkan syarikat EMP Sdn. Bhd.

Sumber: Utusan Malaysia.

Tagged with:

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

One comment

  1. tu la
    dlm islam sebahagian besar rezeki itu dtgnyer dgn berniaga…
    syabas ezany..
    blakon x seberapa xper..
    niaga bnyk2..jgn lupa sedekah sbhagian harta tu..

counter statistics