Ha itu dia tajuk yang diberi, mendengar gosip sebelah pihak sahaja tidak adil bukan? Lantaran itu, kolum penjelasan Faezah Elai di BiPOP menjawab segala persoalan berhubung artikel kami sebelum ini bertajuk Faezah Elai bercinta dengan suami orang. Kononya gosip mengenai Faezah Elai bertaut cinta dengan Heykal Hanafiah ini berpunca daripada bekas kekasihnya sendiri iaitu Azad Jazmin.

Gosip ini dikatakan timbul apabila isteri kepada Heykal Hanafiah iaitu Rosmanizawani Nadzir menghubungi Azad Jazmin untuk bertanyakan kesahihan hubungan sulit yang terjalin antara Faezah Elai dan suaminya apabila kesempatan itu dikahabarnya digunakan Azad untuk menokok tambah cerita, sekali gus mengiyakan lagi skandal Faezah bersama Heykal.

Faezah Elai menambah lagi dengan kenyataan penuh tanda seruan

Dakwaan mengatakan saya dan Heykal pernah dilihat berdua-duaan di lokasi penggambaran, adalah karut! Perkara itu boleh dirujuk kepada kru produksi Asmara, mereka tidak pernah melihat saya dan Heykal bermesra! Kami bertemu sekadar berbincang soal kerja. Tidak dinafikan, hubungan saya dan Heykal baik kerana selepas Asmara, saya turut berlakon satu lagi drama arahannya, Dalca Mami Georgetown. Namun, saya sedia maklum, Heykal sudah berkeluarga. Sekalipun baik dengannya, saya bukan jenis suka ambil suami orang!

Manakala mengenai insiden kononnya dia dan Heykal melarikan diri dari sebuah majlis ketika terserempak dengan kru dan rakan artis, dia menjelaskan memang benar dia bersama Heykal menghadiri majlis rumah terbuka seorang personaliti TV, namun tidak pernah melarikan diri, sebaliknya hanya Heykal tidak mahu ikut serta kerana menyedari kehadiran Azad Jazmin pada majlis tersebut.

Hubungan Heykal Hanafiah dengan Azad Jazmin mula tegang apabila sebelum ini berlaku pertengkaran berhubung tawaran berlakon yang ditetapkan Azad Jazmin dan teman wanitanya, Eira Syazira dan ia disensasikan lagi oleh media.

Menurut sumber yang dipercayai mengenai kejadian baru-baru ini, Heykal didakwa melafazkan cerai terhadap isterinya. Heykal ketika ditanya hanya menjawab hubungan dia bersama isterinya kini tidak elok dan perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi bersama.

Namun kenyataan Azad Jazmin mengenai status ini membuatkan kami bertanyakan pihak siapakah yang benar?

Memang benar saya dan Heykal ada masalah berhubung soal kerja, namun saya bukanlah dalang yang menyebarkan cerita ini. Saya tak nafikan, isteri Heykal ada menelefon saya bertanya isu ini namun saya beritahu apa yang saya nampak di majlis rumah terbuka tersebut.