Sunday , December 11 2016
Home / Gossip Panas / Faiz & Nurul Putus, Gossip Sahaja

Faiz & Nurul Putus, Gossip Sahaja

faiz-nurul-putus

Penjelasan dari Nurul Syuhada mengenai status hubungannya dengan Mejar Dr. Faiz Khalid. Kenyataan dari sebelah pihak sahaja tidak dapat memastikan kebenaran gossip tersebut. Dr. Faiz, anda perlu buat kenyataan juga! Hehe.. Penulis tidak berasa mereka sudah berpisah kerana mereka baru sahaja menghadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan Dr. Faiz bersama-sama.

“Saya kesal bagaimana gosip itu boleh tersebar sedangkan hubungan kami masih baik seperti dulu,” kata personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menafikan dakwaan hubungan cintanya dengan Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed sudah putus seperti disebarkan menerusi Internet, baru-baru ini.

Nurul Syuhada, 25, berkata dia menyedari mengenai gosip itu selepas dimaklumkan rakannya, tetapi tidak tahu tujuan penyebaran berita palsu berkenaan.

“Gosip itu tak benar dan sengaja disebarkan pihak tertentu, tapi ia sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada saya apatah lagi ketika sibuk dengan tugas menyiapkan program televisyen sempena sambutan merdeka.

“Saya tidak pasti kenapa tiba-tiba gosip ini muncul dan kenapa ada pihak cuba menimbulkan suasana kurang sihat antara saya dengan Dr Faiz,” katanya yang dihubungi, semalam.

Gosip yang tersebar itu mendakwa Nurul Syuhada dan Dr Faiz sepatutnya bertunang 4 Julai lalu, tetapi dibatalkan pada saat akhir kononnya kerana pengacara itu belum bersedia.

Berita palsu itu menyatakan sebab pertunangan dibatalkan berpunca daripada Nurul Syuhada yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain.

Mengulas dakwaan itu, Nurul Syuhada menjelaskan dia masih berkawan rapat dengan Dr Faiz seperti sebelum ini dan tiada sebarang masalah antara mereka.

“Majlis pertunangan berkenaan terpaksa ditangguhkan sementara atas persetujuan bersama kerana kami sibuk dengan komitmen masing-masing,” katanya.

Ditanya mengenai gambar dia bersama seorang lelaki yang didakwa kekasihnya, Nurul Syuhada menjelaskan pemuda itu sekadar rakan biasa sama seperti rakan lain yang dikenali.

“Tiada hubungan istimewa seperti digembar-gemburkan kerana gambar itu menunjukkan saya bersama beberapa rakan lain dan bukan hanya bersama lelaki itu.

“Saya harap pihak terbabit menghentikan khabar angin itu dan mendoakan kebahagiaan kami. Pada bulan Ramadan ini, banyakkan melakukan ibadat bukan mereka cerita tidak benar,” katanya.

Menurutnya, komitmen terhadap program Majalah 3 amat tinggi dan dia perlu memberikan sepenuh perhatian bagi memastikan rancangan berkenaan terus memikat hati penonton setia TV3.

Awal Mei lalu, Nur Syuhada membuat pengakuan hubungannya dengan Dr Faiz, sekali gus menjawab desas-desus hubungan cinta mereka yang mula dihidu sejak setahun lalu.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Video Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas Penganjur Ketika Selfie Lee Kwang Soo

Video telefon bimbit Ayda Jebat dirampas pengawal pengajur ketika beliau dalam cubaan berselfie dengan artis ...

5 comments

  1. ek eleh mamat ni…duit byk2 x kan la x leh labur tuk benda2 camni ckit..
    penampilan tu jg la..muka dh ensem dh..

  2. teng3x… gane2 pong kena dgr lu dr Dr. Faiz. Anyway kite just doakan terbaik utk diorg ni atau sesapa moge2 bertemu jodoh dan bersabarlah dgn dugaan… klu ade jodoh tu xkemana nyee…insyaallah..

  3. semoga nurul dan faiz bahagia.

    zack

  4. Oh~ Gosip jer rupanya, huhu =P

  5. alah..

    putus pun x rugi..

counter statistics