Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar telah tampil mewakili Media Prima bagi menjelaskan keadaan berkenaan artis ini yang mengadu di laman twitter bahawa dia di gam di syarikat tersebut.

Menurutnya, isu Faizal Tahir di gam oleh syarikat itu adalah tidak benar sama sekali dan dia musykil bagaimana cerita begitu timbul.

Menurutnya lagi, syarikat itu tidak mengeluarkan kenyataan Faizal Tahir itu di gam dan artis tersebut masih lagi artis naungan Monkey Bone.