Nampaknya pergaduhan internet antara media melayu dengan Shila Amzah masih belum menemui kedamaian. Beberapa hari lepas, media Melayu seperti Media Hiburan, GUA Portal dan Portal Murai telah menyelar tindakan Shila Amzah yang memuat naik gambar dan menyindir media melayu kerana tidak membuat liputan konsert sulungnya kerana mereka tidak dijemput.

BACA: Shila Amzah salahkan media Melayu kerana tiada liputan konsert

Hari ini, fan club Shila Amzah telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menjemput beberapa media melayu seperti Berita Harian dan Kosmo! dan cuba buktikan bahawa mereka di pihak yang benar.

Namun kami beranggapan, dua media yang hadir itu tidak mewakili semua media Melayu. Apa yang kami cuba tekankan di sini, mereka (media Melayu) tidak menerima jemputan untuk membuat liputan melainkan dua pihak sahaja iaitu Berita Harian dan Kosmo!.

Hmm apa-apa pun kami berharap perkara ini perlu diselesaikan secara baik. Buat media Melayu, turunkan ego kamu manakala buat Shila Amzah sila ingat pepatah “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri”.