Tuesday , September 27 2016
Home / Gossip Panas / Fasha Sanda sudah berkahwin dengan Rizal Ashram?

Fasha Sanda sudah berkahwin dengan Rizal Ashram?

sundalPetikan diambil dari Harian Metro

WALAUPUN seminggu ruangan kegemaran ramai ini bercuti panjang sempena menyambut Aidilfitri yang mulia, SS tetap pasang telinga setiap kali berkunjung ke rumah sahabat handai untuk mengetahui cerita sensasi artis tanah air.

Maklumlah, apabila kembali bertugas, memang tidak menang tangan SS menyediakan bahan untuk ruangan ini. Baru-baru ini, SS dengar cerita sensasi
mengenai Fasha Sandha.

Walaupun berita mengenai perkembangan kerjayanya kurang mendapat perhatian media, tapi cerita peribadinya tetap menjadi tumpuan.
Khabarya dia sudah menamatkan zaman solonya dengan duda beranak satu.

Mati-mati SS tidak percaya dengan cerita itu. Iyalah, baru-baru ini SS dimaklumkan cerita artis ini bakal mengakhiri zaman solonya dengan anak
muda yang aktif dalam sukan  dan tarikhnya juga sudah dipilih 10.1.2010.

Tapi sekarang dengan duda anak satu pulak. Mana satu yang betul ni, dulu cerita lain, sekarang sudah ada cerita yang lebih ‘baru’ pula. Bila renung-renung semula, SS tidaklah hairan juga sebab memang selama ini kecoh cerita mengenai hubungan Fasha dengan duda anak satu ini.

Tambah menguatkan lagi kata-kata SS, dulu dikatakan Fasha bakal mengumumkan berita baik perkahwinannya dalam satu sidang media selepas Aidiltitri, tapi cerita terbaru yang SS dengar, pengumuman itu bakal dilakukan selepas Krismas pula. Maknanya akhir tahun.

Tidak tahulah bila 2010 menjelma nanti, dikatakan pula nak umum lepas Tahun Baru Cina. Apa-apa sajalah. Tapi menurut cerita rakan SS ini, dia mendapat tahu mengenai cerita terbaru itu daripada seorang teman.

Katanya, cerita itu timbul apabila duda itu mabuk di satu kelab. Faham-faham sajalah, katanya, kalau sudah mabuk mesti tak ingat dunia.

Dulu kata antara mereka tiada apa-apa hubungan, sekarang berubah pula.

Dalam keadaan mabuk, si duda ito meminta rakannya menghubungi artis itu untuk menjemputnya balik ke rumah. Dia juga mengakui mereka sudah berkahwin. Maknanya, jadi suami isteri yang sahlah.

Hendak menguatkan lagi cerita, kata teman SS, sebaik dihubungi memang artis wanita itu datang ke kelab terbabit untuk menjemput kekasih hatinya.
Justeru, sesiapa yang ada di situ ketika itu, tercengang dibuatnya.

Apapun, jika cerita yang SS dengar ini tidak benar, SS minta maaf banyak-banyak. SS sekadar mencuit mesra dan tiada niat untuk memperli sesiapa.

Pada SS, soal jodoh sukar untuk dipersoalkan kerana Tuhan menentukan dan lebih tahu. Andai itu yang terbaik buat mereka, SS sentiasa doakan
kebahagiaan mereka.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

02-remy-ishak-pasang-bodyguard-mediamalaya

Remy Ishak kini dikawal pengawal peribadi selepas terima ugutan bunuh (7 Gambar)

Pada bulan lepas, kami ada memaparkan berita dimana pelakon, Remy Ishak menerima ugutan bunuh gara-gara ...

9 comments

  1. heheh…kawen ngan nikah tu berbeza opss terlebey sudah. jgn mare.
    Semoga Fasha jumpe aa jodohnye secepat mungkin, xyah aa heboh2 sgt, dah kompem sok announce aaaa

  2. Lor.
    Ala mabuk macam2 bole belaku kan.
    Sabau FS

  3. Semoga cepat2 bertemu Jodoh

  4. org cakap klu org mabuk bcerite dia xbohong.tanye la pe pn msti dia jwb btl pnye…(no komen aku xpnah mbuk ng jmpe org mbuk lagi)

  5. si fasha ni tak abes2 dgn kotrobasi dia ni.bdk skolah xpadai memang la mcm ni.harap muka ja lawa,xkemana cik adik ooiii.dh tua,kerepot jgk jadinya.perangai tak juga elok2.ilmu lagi penting.
    tapi laki suma bodo tetap nak dia.semua tu laki yg pikir pendek.semua koleksi 4 lelaki yg pernah lamar dia.
    lantak korang laarrhhh
    aaauuwww~

  6. ni lg satu lantak ko la dh kawen dgn sape pn..pangei terok..hahahaha

  7. memang depa dah nikah. tak caya tanya family terdekat depa.

  8. Tidak, Fasha tidak menikahi Rizal, Cuba tanya Fasha Kalong Daimohd 'J' yg dia pakai tu apa. Ada cerita yg Fasha reka untok cover line je. Dia dengan org lain sekarang, tapi bukan untok kahwin kot, tapi menghimpun harta dari rezeki yg tak afdal. Buat le cite sedih untok menipu satu Malaya, dan buat pengakuan yg bukan bukan. Tolong la, bertaubat dan hidup dalam kenyataan. Berani buat berani tanggung. Tak tak nak uat dosa kering dgn mengata dia.

  9. fasha sandha kahwin la dengan ramelle ramli…memang sepadan dan secocok…..

counter statistics