Fasha Sandha telah berpisah dengan suaminya, Jejai sudah melebihi setahun. Dia kini dilihat sudah mula membuka pintu hati untuk menerima cinta baru. Fasha mengakui kini dia sedang rapat dengan seorang lelaki yang berusia skitar 30-an namun walaubagaimanapun dia menafikan lelaki itu teman lelakinya.

Perkenalan kami masih baru lagi iaitu tak sampai enam bulan. Jadi, masih terlalu awal nak bercakap mengenai hubungan ini. Apa yang boleh saya boleh katakan ialah dia rakan lelaki yang rapat dengan saya sekarang.

Saya juga menganggapnya sebagai sahabat di mana kami saling berhubung dan berkomunikasi siang dan malam. Namun, kami bukan pasangan kekasih.

Kebaikan yang ditunjukkan membuatkan saya nak terus berkawan, malah dia juga bukan jenis yang mendesak.

Cukup untuk saya katakan, dia bukan orang yang dikenali. Sebaliknya hanya lelaki biasa.