Umum ketahui kontroversi melibatkan Faye Kusairi, Azmi Hatta dan Elly Mazlein cukup hangat diperkatakan tahun lepas. Ramai pengikut gosip tanahair simpati dengan nasib Elly apabila beliau ditinggalkan oleh suaminya ketika masih hamil anak pertama mereka. Ramai beranggapan bahawa punca kepada kemusnahan rumahtangga Elly melibatkan Faye.

Kemudian, bekas suami Elly, Azmi telah mengeluarkan kenyataan beserta akuan bersumpah bahawa Elly merupakan seorang isteri yang kuat cemburu sehingga bertindak menumbuk dan menerajangnnya di lokasi penggambaran semata-mata cemburu terhadap Nelydia Senrose. Menariknya, Azmi juga membuat kenyataan bahawa Faye telah muncul sebanyak empat kali ketika beliau melakukan solat istikharah.

Kini hubungan Faye dan Azmi semakin rapat dan utuh dan dalam kenyataannya Faye berharap perkara itu adalah benar.

Sukar untuk saya menerima pada mulanya dengan kontroversi yang melanda. Saya melihat kalau dia tipu mungkin hubungan saya dengan dia akan renggang tetapi nampaknya hubungan kami macam baik.

Bila memilih menjadi pelakon, saya sudah faham benda ini yang akan saya hadapi. Pastinya saya tidak mahu benda ini berlaku tetapi saya yakin pasti ada hikmahnya. Mungkin pada masa depan saya tahu cara untuk lebih mengawal kemarahan saya. Jadi istiqamah atau lebih bersabar.