Monday , June 26 2017
Home / Dunia Artis / Feeya Iskandar tayang gambar kekasih di Instagram (5 Gambar)

Feeya Iskandar tayang gambar kekasih di Instagram (5 Gambar)

Baru-baru ini terdapat gosip berbunyi apabila seorang wanita misteri tampil menuduh pengacara radio EraFM, Feeya Iskandar @ Cik Piya mengganggu suami orang di Facebook. Namun gosip ini telah ditepis oleh Feeya sendiri malah melalui post gambar terbarunya, beliau telah memuat naik sekeping gambarnya bersama kekasih bagi menguatkan lagi gosip yang melanda

Dipetik Feeya berkata

“Saya bukan nak sorok kekasih, tetapi saya dah tak tahan dituduh menganggu suami orang. Saya harap selepas ini wanita-wanita di luar sana tolonglah hentikan spekulasi atau tuduhan tak berasas itu, Setiap hari ada saja yang mengirim mesej di Facebook dan marah-marah dan tuduh saya kacau suami orang.

Mungkin suaminya peminat saya atau pendengar Sinar. Percayalah, saya tak terdesak dan saya pilih orang bujang yang single!”

Lebih menarik, menurut kenyataannya dia dan Rashid bakal berkahwin pada tahun hadapan jika tiada aral melintang.

“Saya mengenali Rashid melalui seorang sahabat dan saya selesa bersama dengan lelaki yang percaya dan mengambil berat tentang saya dan keluarga. Rashid juga amat memahami tentang kerjaya saya,” ujar Feeya lagi. Rashid merupakan seorang ahli perniagaan dari Klang, Selangor. Khabarnya, Rashid telah ke Johor dan bertemu dengan ibu dan bapa Feeya untuk beraya bersama.

“Doakanlah yang terbaik buat kami. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing. Yang penting, keluarga saya terima Rashid seadanya,”

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Nassier Wahab dianugerahkan DIMP, bawa gelaran Datuk

Sekalung tahniah kami ucapkan buat penyanyi popular era 1980-an, Nassier Wahab, 55, apabila dianugerahkan Darjah ...

counter statistics