Thursday , September 21 2017
Home / Dunia Artis / Fezrul Khan dan isteri bercerai, konflik dalaman (3 Gambar)

Fezrul Khan dan isteri bercerai, konflik dalaman (3 Gambar)

Berita mengejutkan ramai pihak apabila Fezrul Khan dan isterinya, Noorhafizah kini telah bercerai. Menjadi tanda tanya kerana pasangan ini dilihat sangat romantik jika dilihat melalui sebuah rancangan televisyen baru-baru ini.

Menurut Fezrul, perceraian mereka adalah bukan kerana kehadiran orang ketiga namun ia adalah sebab konflik antara mereka berdua. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia 2 tahun yang diberi nama Farrel Khan dan rumahtangga mereka bertahan selama 3 tahun.

Dipetik Fezrul berkata

Benar saya sudah bercerai talak satu. Jodoh kami tidak panjang untuk meneruskan lagi perkahwinan ini. Kami bercerai bukan kerana orang ketiga tetapi konflik itu terjadi antara kami sendiri.

Buat masa ini saya sedang bekerja dan perlu memberikan sepenuh tumpuan supaya tidak hilang konsentrasi. Kalau boleh saya tidak mahu memikirkan atau membincangkan perihal perceraian ini.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Perniagaan berjaya, Elfira Loy beli Mercedes-Benz

Elfira Loy telah memuat naik gambar terkini dimana dia sudah berjaya memiliki Mercedes-Benz A-Class A200. ...

counter statistics