Syamsul-Yusof-Jelas-Filem-Munafik-MEDIAMALAYA

Baru-baru ini terdapat pihak yang mendakwa dialog yang dibacakan untuk menyeru syaitan di dalam filem itu adalah dialog yang sebenar.

Pihak tersebut telah menjadikan ia viral di media sosial, namun sebagai pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof tidak terkejut dengan dakwaan itu malah ada yang menyerbu beliau untuk mendapatkan kesahihan.

Sejurus selepas itu, Syamsul tampil dan menjelaskan mengenai perkara berikut bahawa dialog itu tidak sahih dan hanyalah rekaan semata-mata. Beliau juga berpesan supaya umat Islam tidak terlalu taksub terhadap sesuatu perkara.