Sunday , December 21 2014
Home / Dunia Artis / Fiza, bekas Elite skandal bapa Erin Malek

Fiza, bekas Elite skandal bapa Erin Malek

Petikan diambil dari Berita Harian PANAS! Panas! Panas! Sejak tersiarnya gosip ‘Rumah tangga Fiza, Farriq semakin goyah’ di ruangan ini minggu lalu, saban hari Zubir menerima kiriman SMS dan BBM daripada rakan artis dan orang industri bertanyakan siapakah sebenarnya jurukamera dikenali sebagai Malek yang dikatakan menjalin hubungan ‘teman tapi mesra’ dengan bekas anggota Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza, 29.

Fiza yang juga popular sebagai pelakon drama dan filem, sebelum ini dibelenggu krisis rumah tangga bersama suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin, 30, yang dikatakan semakin menghampiri perceraian apabila mereka sudah tidak tinggal sebumbung hampir empat bulan. Pasangan berkenaan dikurniakan dua puteri – Ferra Aryanna, dua tahun enam bulan dan Feeya, setahun dua bulan selepas mereka bernikah pada 8 September 2006. Buat sementara waktu kedua-dua puteri itu dipelihara Farriq dan Fiza secara bergilir-gilir. Bagi meredakan ketegangan yang membelenggu fikiran, Zubir berusaha mencari identiti siapa sebenarnya Malek yang dikatakan berkawan rapat dengan Fiza selepas kedua-duanya bekerjasama menerusi drama lakonan Fiza sebelum ini, Syahjihan apabila Malek bertindak sebagai jurukamera dalam produksi itu. Selepas diselidiki dan bertanyakan kepada orang industri, alangkah terkejutnya Zubir apabila dimaklumkan Malek sebenarnya bapa kepada pelakon cilik, Nur Erina atau lebih popular sebagai Erin Malek, 16. Drama terbaru lakonan Erin, Durja Ningsun kini disiarkan menerusi TV3 setiap Khamis jam 9.30 malam mulai 19 Ogos lalu. Drama berkenaan adalah terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd, arahan Ahmad Idham. Sebelum ini Erin pernah membintangi filem terbitan MIG Production seperti Tentang Bulan dan Congkak. Manakala nama penuh Malek ialah Malek Marwy, 35. Menurut sumber rapat yang mengenali Fiza dan Malek, hubungan intim kedua-duanya bermula sejak tiga bulan lalu. Khabarnya, walaupun Malek tidak lagi bekerjasama dengan Fiza dalam produksi sama, namun hubungan mesra mereka masih terjalin hingga ke hari ini. Sumber mendakwa, waktu pagi isteri Malek, Liza, 35, menghantar suaminya ke lokasi penggambaran dan Fiza pula akan menjemput Malek dengan kereta mewahnya, seterusnya menghantar Malek pulang ke kediamannya di Pandan Mewah Height. Bukan sekali dua, tapi banyak kali di waktu pagi sekitar jam 4 atau 5 pagi. Harus diingat, Fiza masih isteri Farriq sekalipun tidak lagi tinggal sebumbung, manakala Malek suami orang! Zubir difahamkan, kedua-duanya tidak pernah menganggap perhubungan dan perlakuan mereka di mata umum itu sebagai suatu kesalahan, sebaliknya mendakwa mereka sekadar berkawan, salah ke bersahur dengan kawan? Zubir pun tertanya-tanya sejak bila Fiza jadi pemandu peribadi Malek? Kata sumber sama, Fiza sanggup menemui Malek di lokasi penggambarannya di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini semata-mata ingin berbuka bersama jurukamera berkenaan. Sekalipun mereka berbuka secara berkumpulan, namun kesanggupan Fiza menemui Malek tetap menjadi persoalan, malahan Malek pula sanggup berbuka tanpa isteri dan anak-anak di sisi. Bagi mendapatkan kesahihan, Zubir berjaya menghubungi Erin yang ketika ini sibuk di lokasi penggambaran telemovie, Bangunlah Mama di Kuala Kangsar, Perak. Zubir bernasib baik apabila panggilan lewat malam 1 September lalu dilayan baik oleh Erin. “Erin hanya dengar orang bercerita perihal papa (Malek) dengan Fiza, namun Erin tak tahu sejauh mana kebenarannya. Papa tak pernah beritahu apa-apa dengan Erin. Mama (Liza) pula tak pernah bercerita perihal rumah tangganya dengan kami adik beradik. Sekarang Erin masih sibuk dengan penggambaran di Perak, insya-Allah sekembalinya Erin ke Kuala Lumpur sebelum Hari Raya, Erin tunggu penjelasan daripada papa mahupun mama,” kata Erin yang masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan, Pandan Mewah, Kuala Lumpur Zubir sebenarnya masih belum berpuas hati dengan penjelasan Erin, justeru terus memujuknya supaya menceritakan perkara sebenar. Tambah Erin, dia bersama Fiza pernah berlakon sama menerusi drama Syahjihan, manakala papanya sebagai jurukamera. “Erin tak nampak kemesraan mereka di lokasi Syahjihan, jadi memang tak sangka apabila gosip seperti ini boleh tersebar. Erin tak kisah jika Fiza berkawan baik dengan papa, tapi janganlah sampai timbul prasangka buruk di mata orang ramai. Erin tak mahu orang bercakap yang bukan-bukan pasal papa. Jangan pula persahabatan mereka sampai ke peringkat Erin tak suka Fiza berkawan dengan papa! “Erin sakit hati apabila mendengar penjelasan Fiza dan papa selesa berkawan! Bagi balik papa Erin! Erin rapat dengan papa. Namun, sejak papa berkawan dengan Fiza, papa dah berubah, Erin jauh hati dengan papa. Tapi alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, papa seolah-oleh sedar kesilapannya. Papa pernah mengaku berkawan dengan Fiza, tapi tak pernah jangka keadaan boleh menjadi keruh. Papa pula dah minta maaf dengan Erin. Erin tak mahu menyalahkan mana-mana pihak, biarlah orang sekeliling yang menilainya,” jelas Erin. Pada masa sama, Fiza tidak mahu memberi sebarang kenyataan. Malek pula pada awalnya mengirimkan SMS kepada Zubir supaya menghubunginya, namun apabila Zubir cuba mendapatkan komennya dia pula ‘menghilangkan’ diri! Zubir tak mahu komen, biarlah orang sekeliling buat tafsiran.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

4 comments

  1. btl ke??
    ke zubir tu yg lbh2 wat cerita..dia tu propa je lbh…hahha..

  2. No komen..artis memang begini..

  3. aha lahh..zubir ni x leh cayer sgt.mcm best jek.sll ckp dapat dari sumber yg leh dipercayai.tpi last2 xder pon.rasenyer dia ni lah yg sll wat hal ngn artis2.

  4. iisssssshhhhh…ape da jadi ngan dunia sekarng……

counter statistics