Sunday , August 20 2017
Home / Dunia Artis / (Gambar) Cico Harahap bersama Isteri

(Gambar) Cico Harahap bersama Isteri

Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih mesra dikenali sebagai Cico (30), akhirnya menemui ‘Puteri Impian’ untuk dijadikan teman sehidup semati. Perkenalan dalam tempoh setahun telah membawa mereka ke sebuah ikatan perkahwinan yang telah dilangsungkan di Masjid Besar Songkhla, Selatan Thai, kira-kira 10 bulan lalu.

Majlis akad nikah yang diadakan itu dihadiri oleh keluarga terdekat juga rakan artis seperti Que Haidar, Beego, DJ Kish dan beberapa orang lagi.

Jika sebelum ini ada desas desus mengenai teka teki siapakah ‘Puteri Idaman’ itu, akhirnya terjawab apabila Cico telah memilih Elle (25) atau nama Islamnya Nur Fuziana. Nur Fuziana berasal dari utara, kira-kira empat jam perjalanan dari ibu kota Thailand, Bangkok.

Sumber: Cico akhirnya temui puteri impian (Gua.Com.My)

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Stacy Angie dikecam gara-gara mewarnakan rambunya dan anak (3 Gambar)

Lumrah peminat pasti akan ada saje kecaman yang dibuat tidak kira apa artis idola mereka ...

counter statistics