Tuesday , December 6 2016
Home / Dunia Artis / (Gambar) Nana Bakal berkahwin dengan Brian

(Gambar) Nana Bakal berkahwin dengan Brian

221

Berita mengenai rancangan Nana untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat bertambah hangat diperkatakan apabila kekasihnya yang dikenali hampir lima tahun lalu memeluk Islam Januari lalu dan menukar namanya kepada Muhammad Raqeem Brian. 128

314

Kini bintang yang mula mencipta nama menerusi program Akademi Fantasia musim pertama (AF1) turut dikatakan sedang sibuk membuat persiapan majlis pernikahannya pada Jun ini.

Bagaimanapun, apabila ditemui untuk sesi fotografi khas, Nana cuba mengelak apabila membicarakan perancangannya untuk berkahwin. Namun, dia tidak keberatan bercerita mengenai hubungan cintanya dengan Pengurus Stesen Radio Hitz.FM itu.

“Saya mengenali Brian sewaktu kami sama-sama menyertai AMP Radio. Bagaimanapun, kami tidak pernah bercakap antara satu sama lain. Walaupun di hati ada perasaan meminatinya, saya hanya pandang dari jauh.

“Maklumlah, Brian kacak dan sering menjadi perhatianmalah dalam AMP Radio sendiri dia ada ramai peminat. Kelakarnya, apabila naik lif bersama kakitangan wanita yang turut bertugas di AMP Radio, saya sering mendengar betapa mereka begitu memuja Brian.

“Sehinggalah suatu hari kami naik lif bersama. Kebetulan saya dan dia baru memakai pendakap gigi. Apabila saling berpandangan, dia menegur dan bertanya.

“Sejak itu kami mula berkawan. Hubungan kami menjadi rapat apabila dia ditukarkan bertugas di Era. Waktu itulah bibit cinta bermula,” katanya.

Sebaik cuba ‘mengorek’ cerita mengenai majlis pernikahan dirancang, personaliti berasal dari Muar, Johor ini cepat mengelak dengan berkata, tunggu saja kad jemputannya sampai tidak lama lagi.

“Insya-Allah, jika tiada aral melintang majlis pernikahan itu akan dilangsungkan tahun ini juga, tetapi kalau boleh saya tidak mahu ia dihebohkan terlebih dulu.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

3-gegar-vaganza-3-akhir-mediamalaya

Azharina Juara Gegar Vaganza 3

Program yang berlangsung selama 8 minggu ini telah berakhir selepas Azharina telah dinobatkan sebagai juara ...

11 comments

  1. Satu cabaran yang besar jika nana kawin ngan mamat tu…

    • kenapa? ada cerita? mahu kongsi bersama?

      • hahaha mestilah
        kite ley tgok nana yg sedia ade n
        smmgfnye mmerlukan didikan agama
        so klu die kwen pas n
        spe didik spe x tau la
        mdhan mreka kwen demi islam bukan dot dot dot
        hikhihkihk

  2. Banyak cabaran ,,,,Nana kena lebih mendalami seluk beluk menjadi pembimbing cos saudara baru perlu bimbingan jadi sebagai isteri nanti besar tanggungjawab,,,

  3. erk…geli nye aku tengok dina….

  4. Harap2 nana berbahagia dengan pasangan pilihan hatinya dan terus sukses dalam bidang yang diceburi..

  5. makin cantik pulak minah ni kan

  6. CANTIKNYA GIGI DIA

  7. btul2….
    kene la study lbh lg pasal agama ni…
    br blh bimbing suamitu nana oiii…

  8. pa punnnnn…..munan doakan y paling theeeee bestttt buat koranggggg

  9. aku geli tengok dina!!!!!

counter statistics