Tuesday , December 23 2014
Home / Dunia Artis / Gambar Nikah Aqasha Rosli

Gambar Nikah Aqasha Rosli

Tak adil jika kami asyik bercerite mengenai majlis sanding gilang-gemilang Datuk Sheikh Muszaphar Shukor sahaje. Tanggal 10 Oktober 2010, Aqasha Rosli atau nama penuh Firdee Aqasha Rosli juga telah memilih tarikh ni untuk bernikah dengan pilihan hatinya, Noor Baizura. Dia tak mungkin memilih tarikh ni untuk majlis resepsinya, kelak bakal tiada undangan rakan artis yang hadir.

Aqasha selamat dinikahkan jam 3.25 petang semalam (Ahad) dengan wang hantaran sebanyak RM20 ribu disertakan seutas rantai emas puteh. Antara rakan artis yang turut hadir ialah Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Khir Rahman.

Tahniah Aqasha! Kami nantikan majlis resepsi pada 25 Disember ini di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks dan Kebudayaan Shah Alam.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.
counter statistics