Thursday , December 8 2016
Home / Dunia Artis / Gambar perkahwinan Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani

Gambar perkahwinan Jimmy Shanley & Nursuhaila Eliani

Lagi gambar sila layari galeri di Mstar.

Dengan tiga kali lafaz, pengacara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Jimmy Shanley Norjahan Saleh selamat diijabkabulkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.

Majlis akad nikah yang berlangsung di banglo mewah milik keluarga perempuan berlangsung di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Adib dari Imam Muda.

Kira-kira 500 kenalan, saudara-mara hadir pada acara akad nikah yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Damansara, Mustaffa Kamal Abu Bakar. Ia disaksikan oleh Mohd Fadhil Mohd Nor dan Mohd Yusof Mohd Isa.

Majlis akad nikah dilakukan di atas pelamin mini dihiasi bunga ros dan kekwa merah dan merah jambu yang direka oleh perunding perkahwinan Baha.

Jimmy kelihatan segak berpakaian baju Melayu rona emas rekaan Rizman Ruzaini manakala Nursuhaila anggun mengenakan baju kebaya bertatahkan manik dan permata. Nursuhaila diwalikan bapanya.

Rombongan pengantin lelaki hadir seramai 50 orang diketuai oleh abang kepada Jimmy Shanley iaitu Datuk Ir Young Juwahir Muhammad Idrus yangmembawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.

Hantaran daripada pihak lelaki terdiri daripada sebuah jam tangan, satu set barang kemas, sebuah komputer iPad, tas tangan, alatan dandanan dan wangian, sepersalinan pakaian, sepasang kasut, wang mas kahwin dan sebentuk cincin pusaka peninggalan dan wasiat arwah ibunda pengantin lelaki.

Pihak perempuan pula menyerahkan sepasang kasut, seutas jam tangan, sehelai baju, sehelai seluar, sebuah iPhone, kek, manisan, coklat, sirih junjung, set dandanan dan sepasang baju Melayu.

Bagi upacara pembatalan air sembahyang, Jimmy menyarungkan sebentuk cincin pusaka peninggalan arwah ibunya ke jari manis pengantin perempuan.

Cincin pusaka berpermata nilam merah itu adalah amanat arwah ibu Jimmy supaya disarungkan kepada isteri Jimmy.

Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir pengantin perempuan iaitupada 31 Januari 1986. Ketika ditemui selepas akad nikah selesai, Jimmy memberitahu dia berasa gugup semasa melafazkan nikah kerana julung kali berbuat demikian.

Bagaimanapun, bekas pengacara Trek Selebriti itu melahirkan rasa lega kerana akhirnya hasratnya memperisterikan Nursuhaila tercapai.

“Tempoh perkenalan kami singkat sahaja. Banyak lagi yang saya tidak tahu tentang isteri saya. Selepas ini, saya akan lebih memahaminya,” kata jejaka berusia 30 tahun itu tersenyum lebar semasa sidang akhbar.

Jimmy turut berkata, dia ingin memiliki empat anak lelaki dan seorang anak perempuan bersama isteri tersayangnya.

Sementara itu, isterinya, Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim itu berkata, dia bersyukur dan tetap memberikan sokongan penuh kepada suaminya menceburkan diri dalam bidang seni.

Majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam Sabtu di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

[via]

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

3-gegar-vaganza-3-akhir-mediamalaya

Azharina Juara Gegar Vaganza 3

Program yang berlangsung selama 8 minggu ini telah berakhir selepas Azharina telah dinobatkan sebagai juara ...

One comment

  1. sama padan.. sesuai la tu

counter statistics