Dengan sekali lafaz, Maizawati telah sah menjadi isteri kepada jejaka berusia 23 tahun ini, Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim pada jam 12.30 tengahari pada hari Isnin lepas. Mohd dinikahi oleh bapa Maiza sendiri dengan mas kahwinnya RM101. Rombongan lelaki yang membawa 7 julang dibalas 5 dulang bagi belah perempuan.

Apa yang menariknya, ustaz Akhil Hayy, bekas suaminya tidak dapat menghadiri majlis tersebut atas alasan isterinya Waheeda sedang sakit.