WALAUPUN selepas bergelar isteri, Nik Sayyidah Fatiha Yazib, 25, atau lebih dikenali dengan panggilan Mek menerusi rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ yang disiarkan TV9, tetap akan meneruskan kerjaya dalam bidang pengacara dan lakonan.

Nik Sayyidah yang juga anak sulung daripada tiga beradik berkata, sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Mohd Hariff Ghazali yang juga Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan, dia mendapat restu suaminya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
Nik Sayyidah yang kini dikenali menerusi drama bersiri Julia Juli, baru saja selesai penggambaran filem Senario The Movie Episod II, The Beach Boy. Dalam Julia Juli, Nik Sayyidah membawakan watak Jula mengisahkan tiga puteri kayangan dimurkai ayahanda sebelum diusir ke bumi.
Menceritakan masa depannya, Nik Sayyidah yang akan meneruskan rancangan sebagai hos Nasi Lemak Kopi O, berkata minggu depan dia akan memulakan penggambaran beberapa drama episod keluaran Astro dan RTM.









slamat pengantin baru..sepadan….smuge hubungan ini kekal hingga ke syurga amiin……
leh tahan gak erh laki die..nyahahaaa
sama comey sama padan
aaikk…tangan kanan pengantin laki pimpim sape..??
agak2 pimpin sape tu?
adik die kot…
tak pun mak dia…
mak die kot gulaguli..pasan je ang kan..hehehee
slamat pengantin Bru Mek…..smoge kekal higga ke akhir hayat….dapat bb cpat2 tau…cantik mek bla badan dah slim.sya pun nk mintak petua sikit bleh X…saya pun bdan berisi gak cam ner ha???????