Thursday , December 8 2016
Home / Dunia Artis / Gambar Pernikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah di Thailand

Gambar Pernikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah di Thailand

wansakinahashrafmuslim

Sebuah portal hiburan telah memaparkan gambar dimana  pernikahan antara Ashraf Muslim dan Wan Sakinah berlangsung. Ashraf yang mengenakan baju Melayu berwarba krim coklat bersama Wan Sakinah mengenakan busana berwarna coklat dilihat sedang menyarung cincin. Kedua-dua pasangan dilihat begitu bergembira sekali.

Sumber dipetik: Zon Artis

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

3-gegar-vaganza-3-akhir-mediamalaya

Azharina Juara Gegar Vaganza 3

Program yang berlangsung selama 8 minggu ini telah berakhir selepas Azharina telah dinobatkan sebagai juara ...

60 comments

  1. tunggu la ashraff kawin lagi bagi ko rasa skey ue fomfuan

  2. siap berinai lagi..mmg dah dirancang lama ni gayanya…hurmm…

  3. tahniah ashraf…ada 2 lagi kosong

  4. xpela…yg "melukai" mmg tak rs ape…yg "dilukai" je faham.tggu turn ko plak kena sakinah…bru tau la rs best ke tidak

  5. kurang ajor..dpt aku tampo pempuan tu.

  6. Ija- Semoga kekal ke anak cucu….
    ;););)

  7. sesungguh nyer musuh wanita adalah wanita sendiri

  8. apa masaalah korang nih, yg penting ikut syariat dan berlaku adil…..

  9. X de prasaan a.m ni msa tinggalkn bini dia prgi thailand n senyap2 kahwin. X rs bsalah ke masa majlis akad nikah tu blngsung, tk tringat langsung ke bini kt mlysia yg tk tahu apa2..x de prasaan..dayana awk tbh lar ye..brt mata sy mmndang, brt lg bahu awk memikul..doakn awk trus bhgia dgn hdup awk.sy doakn..

  10. adakah dengan berkahwin lagi..boleh menyelesaikan masalah?

  11. kenapa semua komen kat sini,bersifat marah dan seolah olah tak tahu hukum…agama islam membenarkan lelaki bkahwin sampai empat…jgn kerana kejahilan ttg agama…kita memaki hamun org…

    • sume org tau lelaki blh khwn 4..tp yg org mrh 2 sbb menipu…dah mintak kebenaran mahkamah,tggu je la..nape mesti nikah kt thailand?…

      tgk mcm salih yaakob,ada org maki dia?(klu maki pn xramai)…org sallute dgn dia sbb dia jujur..bgtau sume org bape bini dia…tiap x dia nk khwn,dia bgtau…tu bru btl…

      • betul juga, patut britau istri…istri tu setuju ke tak lain citer..kalau istri tak setuju pun ashraf tetap boleh kawin kalau pakai mahkamah..takpe kita doakan diorg semua bahgia. jgn maki hamun or ckp benda yg bukan2. dulu kakak sepupu aku mcm ni gak tak puas hati semua perkataan keluar sebab marah..Allah nak bagi ujian, last2 dia lak kebas laki org 2 kali..malu tak..sebelum tu kutuk org kawin lebih, sikit2 cukupla ni lebih2..semua org buat silap n semua org diberi peluang utk berubah. kita mengata diorg ni, kita rasa kita cukup baik ke..takdir Allah ni semua tak tau..kena pada batang hidung sendiri baru tau langit tinggi rendah..

    • BUKAN TAK TAHU HUKUM, TAPI YANG MENIKAH LEBIH DARI SATU TU TAU HUKUM KE,, SYARAT2 MENIKAH LEBIH DARI SATU.. KAWEN 2,BOLEH PASTIKAN SEMUA NYER DIBERI ADIL DAN SAKSAMA.. SEMUA NYER MENGIKUT APA YANG NABI KITA LAKU KAN

      • Terangkan apa itu adil dan saksama yang adik maksudkan…

        • dari segi zahir dan batin.. fikzikal dan mental.. benar2 bersedia ke hadapi semua tu..batin bkn brmaksud yang 1 tu je tapi merangkumi banyak pekara.. hati, perasaan,semua tu perlu diambil kira.. dan yang penting, benar kah llaki yang berpoligami nie boleh memberi tunjuk ajar y sebenar2 nyer pada si isteri.. apa yang isteri pertama dapat, isteri kedua juga perlu ada.. mampu kah yang sebenarnya dari segi iman dan sebagai nyer

    • tang kawin tau plak hukum
      tp knp menipu
      dayus cr kawen cenggini
      sgt jahat n menindas wanita
      kata org agama lbh memahami
      tp bila time sendiri..semua dh langgar ..kawin siap sedondong lg
      nampak sgt dh lama plan
      apa yg x nyabornya asraf
      kalo awak di pihak yg jujur..awak jgn la buat aniya n zalim pd org yg byk jasa pd awak
      tunggu je la nnt bhg awak asraf

    • ape pok cik tau psl ati sorang pompuan.. klo jd pompuan taulah cemane hancus lebus & berkeping-keping jdnya… ci citer yg sadis jek

  12. bila bab kahwin,pandai pakai hukum agama.bila bab tanggungjawab.terlupe ke……agama pun ada hukumnya………..

  13. hanya ashraf dan sakinah serta diyana yg tahu permasalahan sebenar. kita sbg org luar jgn cpt mencemuh sbb takut2 esok lusa anda di tpt yg sama. mmg berat, mmg luka..tp walau di tolak sekuat mana pun, ia tetap terjadi..itu lah yg dinamakan jodoh. kalau di pikat diikat dikurung macam mana sekalipun, tetap x menjadi ..itu juga dinamakan tiada jodoh..wallahu a'lam

  14. mmg hukum agama ada..tanggungjwb atau tidak, itu kita xde hak berckp utk pihak org..ada nmpak ke si suami tu dah tinggalkan tggjwb nye? rasanye mmg nmpk rasa bertanggjwb tu setakat ni sbb kalau ashraf nak senang, dia boleh je lepaskan diyana, x payah susah ke luar negara utk menikah, tu tandanya ashraf masih sayang kan diyana, n ashraf juga terus mohon pendaftaran pernikahan dgn sakinah..tu pun tandanya dia xnk permainkan sakinah..

  15. manusia pentingkan diri menolak hukum semata2 mereka perempuan.islam bagi kawen tnpa kebenaran isteri pn.Allah dh benarkan.

  16. cantik bini kedua dia..tp kesian isteri pertama.walaupun da takdir cmni,tp hati perempuan hanya perempuan jela faham..xde siapa yg nak dimadukan.xde sape sggup berkongsi kasih..

    • memang eqa takde org pompuan nak bermadu, tapi penah ke kita tau kenapa Allah benarkan kawin lebih..tentu ada sebab..yg penting kita doakan dorg bahgia n ashraf kena adil. yg lepas tu lepas..biarkan

  17. bila bab kawen..sume nye nk cakap pasal hukum agama,,,
    ramai marah kat dia sebab dia tak jujur..
    contoh terbaik salleh yaakob..okey je sebab dia jujur..
    kesian dayana…WAN SAKINAH ! KAU BAHAGIA ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN,,,
    nti bila turn kau pulak..baru kau rasa mcm mana sakitnya…

    • abg bakal ikut jejak

      oh tidak…tindakan wan sakinah adalah yg terrrrrbetullllll sekali…hu…hu…

  18. Kala ashraf muslim cakap nak nikah ngan korang, korang cakap ape? setuju ke tak setuju?

  19. Aku nak penampo la jgak perempuan sakinah ni, posing mcm haram… macam tagih publisiti, wei ashraf, ko ni muslim ke x? hahahaha… klakar plak bunyi nyer…. saje wat melawak :D.. cheer!!!

  20. Salam, semua… apa yang isu besar sangat Ashraf kahwin 2 ? baru 2… belum 4 pun lagi… yang penting dia tak lakukan maksiat dan berusaha berlaku adil dan saksama kepada kedua2 isterinya. Dia pun handsome dan ada personaliti yang menarik, tentu ramai perempuan yang minat pada dia. Itu kelebihan yang Allah berikan pada dia… yang penting dia tak salah gunakannya dan tak terjerumus kepada maksiat. Ttg minta kebenaran dan terus terang kpd isteri utk berkahwin lagi ni… "easier said than done". Adakalanya bukan saja2 nak tipu, tetapi bila cuba diberitahu… reaksi isteri kebiasaannya di luar dugaan dan hilang pertimbangan. sebab tu lah wp suami rasa berat dan bersalah kerana menipu isteri, tetepi terpaksa juga dilakukan bagi menjaga kemaslahatan yang lebih besar. Hanya org yg berada di dalam keadaan tersebut sahaja faham situasi itu. Tentang perasaan isteri yang dimadukan, mmg tak dinafikan berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tetapi jika dia bersabar dan redha dengan ketentun Allah serta taat pada suami dan melaksanakan perintah Allah, insyallah besar ganjarannya. Bak lirik lagi… " Pahit kan manis jua akhirnya" Wallahu A'lam.

  21. payung emas untuk dayana..tetapi selalunya hanya lelaki yg betul-betul layak boleh berpoligami sahaja yg akan meminta kebenaran isterinya. Ashraf …betul awak boleh berkahwin tapi asas perkahwinan kedua awak ini adalah dengan menipu isteri..ingat tu isteri kita adalah tempat kita berkongsi rahsia dan segala-galanya..teman sehiddup semati..nampaknya awak akan menghadapi masalah nanti..

    • mana ko tau dia akan ada masalah..suka hati ko je..ke ko tak tak puas hati tak dpt kawin dgn dia heeheh..jgn marah abgkan ada..kalau dia kawin lagi pun apasal, umah ko kena tarik ke, dunia ko nak kiamat ke..alah relaks la..

  22. Dia nk kawin 4 sekali pn kenela jujur..tidak menipu isteri pergi kawin atas urusan kerja.kat situ kite da tau niat da xbtl..kawin la kalau mampu cume cara nye sangat membuat ramai yg terluke..wajar kah?

  23. Andai kate si ashraf ni nk jadikan sy sebagai isteri, secara matang sy akn pk perasaan sekeliling..erasaan mereka berhak utk di jaga..in sha allah kite sbgai ppuan masih lg bh ber fikir..

    • Memang kebanyakan org yang tidak berada di dalam situasi tersebut… boleh berfikir sebegitu…(termasuk saya) Tetapi jika ditakdirkan Faizah dan Ashraf telah benar2 jatuh cinta, mgkin keadaannya berbeza… Dlm keadaan tersebut… bukanlah mereka tak fikir ttg perasaan org lain… tetapi situasi yg mereka hadapi ketika itu lebih besar dari itu… mgkn kerana perasaan cinta yg menebal, janji yg perlu dikotakan dan rasa tanggungjawab serta bimbang terjurus ke lembah maksiat, menyebabkan mereka ambil keputusan bernikah di Thailand. Kerana yg lebih ptg ketika itu adalah utk elak maksiat lebih utama daripada memikirkan perasaan org lain. Faham je lah situasi org yg telah terjebak di alam percintaan ni.. Hanya org yang telah melaluinya je… yg akan faham situasi tersebut.

      Sebab tu lah di dalam Islam ada kaedah/pertimbangan Manfaat dan Mudharat dan pertimbangan mengambil Mudharat yg kecil bagi mengelakan Mudharat yg lebih besar. Maksudnya wp berkahwin di Thailand memberi mudharat dari segi implikasi kerana tak ikut prosedur, menipu isteri dan mengguris perasaan banyak pihak, tetepi ianya terpaksa diambil bagi mengelakan mudharat yg lebih besar (bimbang berlakunya maksiat/zina). Kaedah/pertimbangan ini dibenarkan di dalam Islam. Wallahu A'lam…

  24. Saya rasa kalau kebanyakan perempuan seperti aida dan faizah, yang boleh terima hakikat bahawa suami ingin berkahwin lain dan boleh menerima kenyataan tersebut wp berat… mungkin ramai suami yang akan berterus terang untuk berkahwin lain. Tetapi kebiasaannya tak ramai perempuan yang boleh terima hakikat tersebut… sebab tu lah akhirnya kebanyakan suami ambil keputusan berkahwin tanpa pengetahuan isteri. Memanglah org perempuan akan ckp begitu… kenapa menipu dan tak berterus terang? Tetapi kalau bagi tahu pun, selalunya keadaan akan menjadi lebih tak terkawal. Bayangkan lah perasaan isteri jika dia tahu saat dan ketika suaminya akan bernikah… sebenarnya perasaan isteri akan menjadi lebih tertekan dan tak tenteram serta diluar kawalan, kecuali bagi mereka yang diberi kekuatan oleh Allah sahaja mampu menghadapinya… Sebab tu lah saya melihat ada hikmah juga jika pernikahan dijalankan tanpa pengetahuan isteri setelah usaha untuk memahamkan isteri menemui jalan buntu. Wbp suami mesti memaklumkan kepada isteri dan keluarga ttg pernikahan tersebut, apabila tiba masa yang dirasakan sesuai. Wallahu A'lam

  25. Orang lelaki suka highlight tentang hak mereka kahwin lebih dari satu. Tetapi ramai yg mengenepikan bahagian kedua poligami iaitu mampu dan berlaku adil. Jika lelaki berkahwin lebih dari satu dan ada antara isteri yang terpaksa bekerja disebabkan ketidakmampuan lelaki tersebut menanggung lebih dari satu keluarga, adakah ini dikira mampu? Berpoligami boleh tetapi bersyarat. Bila anda kata kaum perempuan menolak syariat Islam dengan menentang poligami, anda yang tidak mampu menyara dan berlaku adil terhadap isteri2 anda juga telah mnegenepikan syariat Islam. Lihat model poligami rasulullah. Selain sayidatina Aishah, wanita yang dikahwini Rasulullah adalah balu peperangan bukannya wanita2 muda jelita. Kenapa bahagian ini tidak diguna pakai? Saya ada rakan yang berpoligami tetapi suaminya lebih dari mampu untuk menyara kesemua isteri. Masing2 ada rumah, kereta dan pembantu rumah. Dan keluarga ini boleh hidup dengan bahagia kerana tiada terasa kekurangan dari pihak suami.

    • so mana u tau dia tak mampu tanggung istri dia..kalau semua org tau rahsia ghaib Allah dah tentu semua pompuan redha sebab nak kan syurga Allah.

  26. jaga hal sendiri jelahhhhh…hal uma tangga org pulak yg nak di sebokkan….haih manusia3

  27. menipu je kerja nye…sunnah sangat la tuuuuu…..yang si sakinah ni pun curang dengan tunangnya sesuai le dgn ashraf yang curang dengan isterinya..perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan perempuan yang macam sakinah ni sesuai la untuk lelaki yang macam ashraf ni

    • bukan curang takde jodoh..relaks la kat luar tu banyak lagi benda yg lagi teruk kita perlu bg perhatian. masalah sosial anak2 kita, masalah dadah, keruntuhan akhlak..yg tu patut kita risau tapi benda yg halal gak korang bising..kalau dia menipu pun dia masih ada masa utk taubat n minta maaf dgn wife dia. dosa dia pun diampunkan, korang yg kutuk ni rasa dosa korang lepas tak sebab kutuk diorg..dah2la pi la cari benda yg berfaedah dari sibuk citer hal umah tangga org..biar diorg setel kan masalah diorg.

    • Adakah Ashraf bernikah dengan Sakinah dikira curang….ko belajar kat sekolah mana ni?

  28. kalu nka cakap pasal perasaan memang takkan habis sampai bila2,sebab tu allah bagi kuasa lebih untuk lelaki bukan untuk aniayai pompuan tapi nka jaga mereka,lindungi mereka..bila dengar ade kawin lebih mesti nak bising,tu lebih baik dari kawin sorang tapi ade skandal ngan mana2 pompuan,sekarang ni zaman maksiat,zaman penzina..pompuan lak lebih ramai dari lelaki,fikirkanla…..

  29. Saya setuju dengan pandangan maz.., ttp utk pengetahuan kemampuan kewangan semata2 bukanlah penentu kebahagiaan, namun ia antara faktor penting bagi mencapai kebahagian hidup bermadu dan berumahtangga. Tetapi apa yg lebih penting adalah suami perlu berusaha berlaku adil dan saksama (adil sahaja tak cukup ! sbb keperluan setiap isteri berbeza2 bergantung kepada bilangan anak dsbnya) saling bertolak ansur, berlapang dada dan saling memaafkan antara satu sama lain.

  30. hidup di dunia ..hanya sementara., kalu sudah itu kententuan allah terimasahaja laa…sebab lelaki di benarkan berkhwen 4

  31. samb…
    Ttg kemampuan suami utk kawin lebih dari satu… mmg tggjwb suami ! tetapi jika bakal isteri redha dan sanggup berpoligami wp menyedari kemampuan suami yang terhad utk menyara lebih dari satu keluarga, poligami masih boleh diteruskan… Kita mesti ingat !!! di luar sana masih ramai (janda, balu, andartu mahupun anak dara) yang berkerjaya, tetapi masih hidup bersendirian, wp mereka menginginkan utk hidup berpasangan dan berkeluarga… Saya berpendapat mereka juga berhak memilih mana2 lelaki yang dirasakan sesuai sebagai pasangan hidup. wp lelaki tersebut mgkn suami org dan mempunyai kemampuan kewangan yg terhad utk sara lebih dari satu keluarga. Kebiasaannya perempuan yg berada di dalam keadaan ini lebih faham kehendak dan keperluan mereka… sbb tu lah mereka sanggup juga berkahwin wp dgn suami org (jika tiada pilihan). Bagi saya yang penting mereka tidak melakukan perkara yang melanggar syriat dan tujuan perkahwinan mereka perlulah murni.

    Antara musibah yg menimpa masyarakat kita sekarang ni… kita lebih cenderung mempertikaikan org yg berpoligami wp halal di sisi Islam. Berbanding dgn perkara2 maksiat yg berlaku terang2an di dalam masyarakat kita.

    Saya lebih rela melihat perempuan2 Melayu Islam berkahwin atau berpoligami secara sah di sisi Islam dari melihat mereka berpeleseran dan terjebak dgn maksiat samada dgn lelaki sesama Islam mahupun dgn lelaki asing (Negro, Afrika, Pakistan, Bangla dll).

  32. ntahlah…bukan menidakkan poligami tapi pengajaran dr peristiwa yang berlaku ni..kita sebagai perempuan jgn 100% percaya pada lelaki…
    kita sebagai perempuan kena sematkan kat hati…kita kahwin tak semestinya akan menjadi pasangan hingga ke akhir hayat,…sebab pasangan kita belum tentu hanya berkongsi suka dan dukanya dan kasih dan sayangnya hanya pada kita sahaja…sedihnye kan….

    • "La Tah Zan" janganlah bersedih… Allah itu maha adil ! Kebahagiaan ada di mana-mana ! Surah Asy Syarh (S.94 : 5 & 6) " Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" Ayat ini diulang sebanyak 2 kali "Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

      Wp ayat ini bukan turun khusus utk poligami, tetapi keumuman ayat tersebut terpakai utk banyak keadaan. Memanglah poligami itu berat dan perit ! terutamanya bagi wanita/ para isteri, tetapi disebalik keperitan dan kesulitan tersebut… Allah menjanjikan kemudahan/kesenangan. Ini bermakna tidak bererti isteri2 yang terpaksa berpoligami tidak akan mengecapi kebahagian dan ketenangan. Ianya bergantung kepada mereka (para ister2 dan suami) di dalam mengendalikan dan melayari bahtera rumahtangga mereka. Banyak cth2 mereka yang hidup berpoligami boleh mengecapi kebahagiaan dan ketenangan. Sebaliknya banyak juga mereka yang tidak berpoligami gagal mengecapi kebahagiaan berterusan di dalam r/tangga sehingga berakhir dengan perceraian.

      Kesimpulannya, berpoligami atau tidak bukanlah penentu kebahagiaan… banyak faktor2 lain yg mempengaruhinya. Pokok pangkalnya bergantung kepada suami isteri/isteri2 di dalam melayari dan mencorakkan bahtera r/tangga yang dibina bagi mencapai matlamat "sakinah" ( ketenteraman /ketenangan) "mawaddah" (rasa saling cinta) dan "rahmah" (kasih-sayang) di dalam r/tangga yg dibina. Sebagaiman Firman Allah dalam Surah Ar Rum, ayat 21. Wallahu A'lam… kalau ada kesempatan cuba dengar lagu Ukays "Pahit kan Manis jua Akhirnya"

  33. bila mengenangkan bagaimana boleh berkahwin…
    bila berkenalan?
    bila bibit sayang si suami tu ada?kenapa masa itu suami tidak ingat pada isterinya…?
    sedangkan di rumah suami melayan seperti tiada apa-apa…
    kepura-puraan tu yang membuatkan kita sebagai perempuan sedih memikirkannya…

    • Apa la kau sibuk pk hal org. Jaga suami kau tu baik2.
      Kena btg hidung sendiri baru tau langit tu tinggi ke rendah.
      Kiamat ke dunia ni kalau suami berkahwin untuk menghalalkan hubungan?

  34. sebab tu ler kat malaysia ada syarat suami kene minta izin kat isteri untuk tambah isteri lagi… kalau tak, aku rasa ramai la wanita2 kat malaysia ni berendam air mata. the law have protect us (woman) from being the victim of MEN.

    • Tetapi udg2 yg sama juga menyebabkan sebahagian wanita lain menjadi victim kerana kesulitan utk berkahwin dgn suami org yg menjadi pilihan mereka. Akhirnya mereka terpaksa bernikah di luar negara, terjerumus ke lembah maksiat atau terpaksa melupakan hasrat utk berkahwin dgn lelaki pilihan disebabkan peraturan yg ketat dan tidak menyokong hasrat mereka… apa pandangan Pn ?

      Persoalan yg lain, adakah wanita Islam di Thailand lebih tertindas berbanding wanita Islam di Malaysia di sebabkan ketiadaan udg2 tersebut ? Adakah kadar perceraian di sana lebih tinggi berbanding di Malaysia kerana tiada udg2 tersebut..? Dan apa akan terjadi sekiranya peraturan perkahwinan poligami di semua negara diketatkan seperti di Malaysia. Adakah membawa kebaikan, sedangkan ianya tidak selari dgn kehendak Islam, wp tujuannya baik. Bagaimana nasib yg bakal menimpa janda, balu, andartu dsbnya jika peraturan tersebut terus diketatkan. Dan bagaimana pula rasanya jika puan berada di dalam kategori tersebut (janda, balu, andartu dsbnya yg ditakdirkan bertemu jodoh dgn suami org ?).

    • Persoalannya… berapa ramai isteri2 di Malaysia yg membenarkan suami mereka berkahwin lain dan berkongsi kasih/berbahagi kasih sesama kaum sejenis mereka? Poligami wp pahit dan berat bagi kaum wanita, tetap mempunyai kebaikan dan hikmah disebaliknya, jika dilaksanakan dengan betul dan murni. Firman Allah di dlm Surah Al Baqarah (S.2 :216)
      " Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ianya baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

      Wallahu A'lam…

  35. Mmg payah jika nk diulas hal poligami.. Suami pasti suka.. Isteri pula berendam air mata. Boleh ke kaum hawa terima dgn ht terbuka n kaum adam teruskn niat berkawin 2..3..4…? Poligami bukan nya haram.. Yg berdosa kite yg mengata.. Mana ada lelaki yg x mau jika ada jodoh mdatang..mana ada wanita yg rela utk dimadukn.. Ada yg dh ada dua istri msh mau cari lagi.. Apa pula komen Helmy? Perlu berlapang dada n redho saje ke?

    • Mmm… Memang berat persoalan yang Pn kemukakan ni. Memanglah isteri pun berhak bersuara dan meluahkan rasa hati. Mungkin penyelesaian terbaik adalah berbincang sesama isteri2 dan suami (jika boleh dilakukan) serta mengambilkira reaksi anak2 terhadap keputusan yang ingin diambil. Apa pun keputusan yang diambil, ianya harus berlandaskan niat yang murni dan mengambilkira kaedah manfaat dan mudharat sesuatu perkara jika dilakukan. Saya pun sukar nak bagi pandangan sbb tak de pengalaman dalam hal ini. Mungkin kena dapatkan pandangan dari Ustaz Azhar Idrus atau Salleh Yakop kot ! dalam isu ini… Menari juga jika kita dapat mendengar pandangan dari isteri2 mereka tentang perkara ini… Wallahu A'lam…

counter statistics