Sunday , September 25 2016
Home / Dunia Artis / (Gambar) Pernikahan Zamarul & Diana

(Gambar) Pernikahan Zamarul & Diana

zamarul-diana1

Hanya dengan sekali lafaz, aktor Zamarul Hisham, 38, akhirnya sah bergelar suami kepada pelakon dan penyanyi, Diana Rafar, 27, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pagi tadi.

Pasangan ini telah dinikahkan sekitar pukul 10.30 pagi oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Negeri, Khairuddin Haiyon yang mewakili wali pihak perempuan iaitu abang Diana, Airul Azmi Rafar.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Diana yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Shahril Nordin menerima mas kahwin RM165, wang hantaran sebanyak RM16,500 serta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihaknya.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 100 orang tetamu termasuklah ibu Diana, Zainon Abd Rahman, ibubapa Zamarul iaitu Mohammad Mohd Zain dan Zaleha Abd Rahman serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang lain dan kenalan rapat mereka.

Anak sulung Zamarul, Izzat Haiqal, 10, yang merupakan hasil perkongsian hidup pelakon itu menerusi perkahwinan terdahulu, juga hadir pada majlis tersebut.

Ditemui selepas majlis berakhir, Zamarul yang kelihatan sebak sebaik akad nikah itu melahirkan rasa bersyukur setelah hubungan cinta mereka yang terjalin selama lapan tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

“Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah lapan tahun mempertahankan benteng hubungan ini.

“Memang ini adalah tarikh yang istimewa buat saya. Malah, angka 165 itu ada makna tersirat kerana ia membawa maksud satu ihsan, enam rukun Iman dan lima rukun Islam. Angka itu yang memberi kekuatan kepada kami. Dan sebab itu, kami memilih tarikh 16 Mei serta mas kahwin RM165 dan wang hantaran, RM16,500,” kata Zamarul.

Menurut pelakon ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk melamar kekasih hatinya itu, lebih-lebih lagi setelah mereka menghadiri sebuah kursus pada awal tahun ini.

“Kursus motivasi itu sebenarnya telah mengeratkan lagi hubungan kami dan dari situlah saya yakin memang dialah (Diana) orangnya yang ingin saya jadikan sebagai isteri.

zamarul-diana2

zamarul-diana3

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

03-instagram-umie-aida-digodam-mediamalaya

Giliran Instagram Umie Aida Pula Digodam (4 Gambar)

Dah semacam trend pula selepas akaun Instagram seorang selebriti digodam, ia berturut kepada selebriti lain. ...

4 comments

  1. ermm.. aku first….
    semoga berbahagia… selamat pengantin baru

  2. zaiton bte mat shah

    Selamat pengantin baru kepada pasangan zamarul dan diana semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.sematkanlah 165 sebagai perjalanan hidup anda berdua.binalah bahtera ini dengan penuh kesabaran dari kak zaiton mat shah skluarga hidup ESQ165….

  3. semoga mendapat anak yg comel 🙂

counter statistics