Petikan dari mStar Online
IBU Waheeda, Asri Othman, 58, menganggap ‘kontroversi’ yang berlaku terhadap anaknya itu sebagai asam garam kehidupan seorang artis.
Malah, dia berpendapat isu yang berlaku terhadap Waheeda dan Akhil turut dilalui oleh pasangan bukan artis.
“Selama mana anak saya bergelar artis, gosip dan umpatan orang akan menjadi lumrah hidupnya.
“Apa yang terjadi telah disusun dan saya tidak terlintas langsung akan berlaku seperti ini.
“Nak atau tidak, Waheeda perlu ikut pada gerak hatinya. Orang nak cakap apa biarlah asalkan kita tahu kedudukan sebenarnya,” luah Asri yang setuju dengan pilihan anaknya itu.
Dia yang mengenali Akhil ketika pelakon dan penceramah bebas itu menjalani pengambaran ‘Cafe Akhil Hayy’ bersama anaknya pada awal tahun lalu.
Mengenali Akhil, Asri berpendapat lelaki berusia 41 tahun itu merupakan seorang yang baik dan banyak bersabar.
“Saya dapat rasakan yang dia (Akhil) lebih banyak telan dari buang (emosi). Dia menantu yang baik dan saya menerimanya sekeluarga dengan setulus hati,” ujarnya ketika majlis resepsi perkahwinan sebelah anaknya di Bukit Jelutong, Shah Alam, pada Sabtu lalu.
Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan dilangsungkan pada 7 November ini di Gopeng, Perak.
Sebagai ibu dan wanita, tidakkah Asri terfikir yang mungkin anaknya akan mengalami nasib seperti bekas isteri Akhil?
Ibu tua itu menjawab, “hati saya kuat mengatakan mereka akan kekal sampai akhir hayat. Saya tak bimbang atau terlintas langsung tentang perkara itu.”
Sejak dua orang anak Akhil dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal tinggal bersama mereka di Damansara, Asri yang dipanggil nenek oleh kedua-dua ‘cucu segera’nya itu menganggap Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11, cepat mesra dan manja dengannya.
“Kami sama-sama menjaga anak-anak ini dengan baik. Inilah resepi saya untuk menjadi keluarga bahagia,” tutur Asri lagi.
Mama tak pernah marah- Maisarah
Sementara itu, anak sulung Akhil iaitu Maisarah yang kelihatan gembira dan manja di samping neneknya berkata dia menyukai mama barunya itu.
“Saya suka mama sebab dia baik dan tak pernah marah,” katanya yang bersekolah darjah enam di Kuala Lumpur.
Setelah beberapa bulan tinggal bersama bapa dan mamanya sejak mereka dinikahkan pada 16 Ogos lalu, Maisarah akui dia turut merasa rindu dengan kedua beradiknya yang tinggal bersama ibunya, Maiza di Ipoh, Perak.
“Saya rasa rindu jugalah…,” luahnya ringkas dengan riak muka yang sedikit berubah dan kelu lidah untuk bersuara.
Hmmm..perempuan yg baik untuk lelaki yg baik….fikir-fikirkan dan selamat beramal!
bodohla ko nie serena…tak baca ke kisah diorg nie….sian kat ex-wives dia tue……aparahhhhhhhh…..
ko tu y bodoh..kalau stakat dgr brita..media…majalah…blum tentu lg kesahehannya…y pmpuan akan menangkan y pmpuan..y laki akan menangkan laki…ko cnfirm ke tau sapa y bsalah?kalau ko stakat tau dari media..xyah lah….kesusahan dan prkara sebenar..hanya mereka dan Allah je y tau..kita x layak masuk campur….
Sokong akal
dh lame kawen br nk sanding..haha..pe pn lantak dorg la..bgs la wahida gedik tu nk bersare..org pn dh xsuke tgk die lg dh..rampas laki org..
hmmmm……yg nmpk baik sbnarnya tak brapa nak baik.
Bahagia di atas airmata dan penderitaan orang lain apa gunanya?? jngan cakap keikhlasan lar klu semua atas nafsu semata2!!
hmm as org luar mana ble komen sesuke hati sbb kite pun dah jalani hidup berumahtangga, bkn seme mende kite kongsi ngan org luar…apa yg org luar nmpk tu blum tentu kebenarannye…
apapun jodoh tu Allah tentukan, so just doakan yg terbaik utk diorg…amin…
makcik ni ada di mana2…
Q..mana ko tau diorg kawin sbb nafsu semata2?ko ada magic ke?hahaha..
nabi pun xtau dalam hati org lain mcm mana…
akhil hayyy ckp sebelum ni kalo kuar takleh pegang tgn…skrg dah okey..tu bkn ke nafsu namenye…
dah nama laki bini…xkan xleh pgang kot???
DUA2 AKU XBEKENAN..BAHGIA KE LAU ADA HATI YG MENDERITA KERANA KEBAHGIAN MEREKA??HATI ANAK2 YG DOK DGN MAK DIA TU PUN MENDERITA.YG DGN MAMA BARU TU MEMANG LA TAK BERAPE COZ ADA AYAH N MAMA BARU.TP YG DGN MAK JEK TANPA AYAH TU APE CITER…BARU LG MANE NK MARAH.NAK JAGE ATI AYAH DIA..TP TGK LA AKAN DTG BILE ATI AYAH DAH ADA ANAK BARU T..
ape2 je la..xsuke dgn org yg rasa "dunia ini ana yg punya"..apapun sndiri mau igt what goes around, comes around..
hmmm…org2 yg memerhati leh kata apa jek..dan kata2 itu sikit pun tak membantu yg sengsara tu…dan kadang2 kata2 jugak selalu disalah tafsirkan…
korang ingat dia taktau ke apa yg dia ni buat..cerai kawin..bukan perkara yg mudah…byk konflik yg perlu ditempuhi…sudah2 la..kutuk mereka2 ni…ada bahagian masing2 kan…org kutuk2 ni..nak dtgkan apa paedahnya? nak suh akhil tu balik kat ex-wife dia? no point rite..?
ye la mama baru x penah marah la, sbb nama pon baru lagi… susah la nk dpt ibu tiri yg berhati mulia ni… baru2 lg, boleh la… kalau dh lama esok… tau le dikerjakannya… x igt ke, sapa yg branak kan kau wahai anak yg pndai berkata2.. like father, like daughter…. ngan budak2, ko boleh le umpan, ngan manusia di sekeliling ni, ko nk umpan camne plak? …
inilah dinamak manusia yg berhati busuk..selalu berprasangka buruk terhadap org..siap boleh tau lagi perkara2 buruk yang org akan buat..bagusnya awak ni..awak ni Tuhan ke?siapa awak nk menilai kebaikan dankeburukan org?akhil dgn waheeda tu pernah buat slh ke dgn awak?atau awak di tinggalkan suami sebab sikap awak ni yang sentiasa berprasangka buruk?baik sgt ke awak ni sampai boleh tau hati apa yang ada dlm hati org?mukjizat apa yg Allah bagi kt awak?
SELAMAT BERBAHAGIA
gila kote wassini ni
madu lebah..aku sokong…
selamat berbahagia hingga keakhir hayat, amin
Amin
korang ni apa lah…xleh ke klau xburukkan dorang ni?
gua xsuka la beb…
bagusla tu..dah kawin, anak pun bahagi2 jaga.. aku kesian kat akill hayy tu. laki mana nak letak muka kalu isteri dah dedahkan hal rumah tangga dalam media hiburan.. isy.isy.. exbini dia pun aku kesian kene jerat wartawan hiburan.. dedahkan hal rumahtangga untuk tatapan awam.. kalu diaorang orang biase2 je takde pun sape nak amik tahu hal rumah tangga diaorang… jadi yang memecahkanbelahkan nya siapa…??? mujur berpisah dan ber kahwin baru semuanya berjalan lancar… takde pihak yang kene sepak terajang. tu pun org masih nak umpat akil, wahida dan maizah.. pikirlah sendiri, sedangkan lidah lagikan tergigit.. alangkan rumahtangga
WAHIDA NI SEWBENARNYER GEDIK X PADAN PAKAI TUDUNG KEMENTELAN TERSERLAH LAGI2 MASA DIA BELAKON DALAM NANA TANJUNG NYAMPAH GILER AKU TENGOK LEBIH GEDIK DARI FASHA SANDA.
sekurangnya dia tak gedik bercakap@mengutuk orang macam awak liz 😉
Semua sibuk cakap bukan2 sal dorang. ingat la, kalau perkahwinan dorg tu meruntuhkan @buat org lain sengsara, dorang takkan kekal dan bahagia. see now? dorang bahagia n lagi2 bertambah cntik wahida tu. kalau wahida tu just saja2 je nak berfesyen pakai purdah skng, mungkin dia dah cabut purdah tu. now dia istiqamah dgn purdah. fikirkn yg baik. kte tak layak hukum sapa2.