3365540852_2677c763ee_o

Perbezaan karektor itulah sebenarnya telah menjadi penguat hubungan cinta aktres Haryati Hamzah atau Yatt dan tunangnya, Abdul Mutalib Abdul Shukor seorang berpewatakan pendiam dan seorang lagi cukup ‘gila-gila’. Mereka sekarang menghitung hari untuk bergelar suami isteri pada tanggal 29 Mac ini, Yatt dan Mutalib dalam nada ceria akui tidak sangka dalam perbezaan karektor mereka itu sebenarnya turut terselit keserasian yang akhirnya membuatkan Yatt yakin bahawa jejaka yang bertugas sebagai pengurus SportsPlanet di Ampang itu adalah lelaki yang paling layak bergelar suaminya. Mereka mula berkenalan pada akhir 2004 menerusi seorang teman yang bertugas sebagai jurukamera pada waktu itu, Yatt adalah pengacara program Selamat Pagi Malaysia.

Hubungan yang kemudiannya mendapat restu keluarga itu terus diikat dengan tali pertunangan pada 2 Februari tahun lalu dan akhirnya, tarikh 29 Mac ini dipilih untuk menyatukan cinta suci mereka itu. Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di rumah keluarga Yatt di Seremban, Negeri Sembilan. Majlis persandingan di sebelah pihak lelaki pula akan dibuat di Dewan Seri Endon, Putrajaya pada 4 April depan manakala persandingan di sebelah perempuan pula akan dibuat di sesi malam pada tarikh dan lokasi yang sama.

Menariknya, hari bersejarah pasangan ini juga turut mendapat tajaan yang melimpah-ruah; bermula dengan kad jemputan perkahwinan, rawatan kecantikan, baju pengantin, pelamin, solekan dan katering. Butik Lynda Rahim adalah penaja utama sebagai perancang perkahwinan, persalinan dan hiasan majlis persandingan. D&D Beauty House pula akan menaja pelamin nikah manakala hiasan majlis pernikahan itu akan ditaja oleh Butik Pesona Anggun. Antara penaja lain ialah Saddiq Solutions (kad jemputan), Den Wahab dan Udaimatunnur (persalinan nikah), Amy Janz dan Fiza Zainudin (solekan), Chef Zainal Tanjung Puteri (kek perkahwinan), My Aroma dan KK Cleaning Services (cenderahati), Kickstart Gymnastic (persembahan), Skin Basic (rawatan pelansingan badan) dan Seri Keningau Catering (katering).

3365540886_7f69e1ce35_o

3365540890_97f01bf2b6_o