klgengster2

Kami bersimpati dengan nasib pengarah muda ini. Kami difahamkan, akibat dari aktiviti cetak rompak filem KL Gengster 2 sebelum ia ditayangkan secara rasmi, Syamsul mengalami kerugian apabila kutipan minggu pertama filem itu yang tidak memberangsangkan.

Kesan daripada itu, 10 penerbit filem bumiputera telah tampil bagi membantu memberi sokongan moral buat Syamsul dengan membeli 5 ribu tiket untuk menonton filem itu.

Setiap penerbit telah membeli 500 keping tiket dan ia akan diberikan kepada penonton yang bertuah. Tiket bertuah itu akan diberikan secara percuma di empat buah pawagam utama iaitu Tanjung Golden Village (TGV), Golden Screen Cinemas (GSC), MBO Cinemas dan Cathay apabila mereka membeli dua tiket filem KL Gengster 2.

Antara penerbit yang memberikan sokongan adalah Isma, Afdlin Shauki, Aziz M. Osman, Rosyam Nor, Othman Hafsham, Jurey Latiff Rosley, Norman Abdul Halim, Mohd Nor Kadir dan Datuk Yusof Haslam sendiri selaku penerbit ‘KL Gangster 2’.