anw

KAHWIN dah! Tahniahlah ya. Habis semua orang kau ‘kencing’. Tahniah sekali lagi.

Akhirnya, seperti yang Gayah katakan sebelum ini, kebenaran sudah terbukti. Segala tafsiran dan persepsi masyarakat yang kau katakan fitnahlah, buat ceritalah… ternyata benar belaka.

Memanglah korang ada hubungan istimewa selama ini. Iskhh… malulah beb! Bila difikirkan satu demi satu kisah kontroversi korang sebelum ini, tidak ada sebab untuk Gayah, kawan mesyuarat tingkap, terutama Markonah Tonggek yang hampir histeria Isnin lalu dan masyarakat, membisu.

Pastinya jika dibuat undian, ramai yang bengang, lebih-lebih lagi yang percaya dengan apa yang korang perkatakan.

Tak payah cakap banyaklah. Lihat saja ruangan komen member iMetro di akhbar kesayangan Gayah ini. Setiap hari ada saja komen yang pasti menyakitkan hati korang. Siap suruh rancangan yang dikendalikan dihentikan. Kesudahannya, memang rancangan itu dihentikan.

Itu belum lagi kawan mesyuarat tingkap Gayah, terutama Esah Bulat, Mimi Ranggi dan Sherry Gomak. Tak tergamak Gayah nak tulis reaksi mereka. Takut ada yang meroyan.

Selain penafian, banyak lagi gelagat korang yang menambah perasaan sakit hati orang. Gayah malas nak sebutlah. Boring!

Apalah korang ini. Kalau dari dulu mengaku, tak main wayang, Gayah rasa tak sehebat ini hentaman dan kutukan yang diterima.

Apapun, dalam pada marah, Gayah sedih sebenarnya. Orang yang menjadi ikutan, disukai ramai dan berkemampuan mempengaruhi orang lain berubah sehingga ‘kembali ke pangkal jalan’ membuka seluas-luasnya ruang untuk dirinya dipandang sinis serta menjadi bahan umpatan. Nasib… nasib.

Hmmm… Gayah harap ini hentaman terakhir untuk korang. Janganlah ada lagi yang tidak kena. Seperkara lagi, lain kali janganlah bagi kenyataan ‘lantaklah apa orang nak kata’. Sekarang, untuk coretan di atas – lantaklah apa Gayah nak kata! Semoga berbahag!a hendaknya.