Azharina-Lesbian-MEDIAMALAYA

Dijumpai berjalan bersama seorang wanita berambut pendek, kini timbul gosip liar menuduh penyanyi, Azharina seorang pencinta wanita @ lesbian.

Namun Azharina ketika ditemubual portal Murai telah menafi sekeras-kerasnya gosip itu dan menjelaskan wanita itu adalah adik kandungnya

Dipetik Azhaarina berkata

Dari dulu lagi orang bercakap buruk mengenai saya. Ada yang katakan saya dibela lelaki kaya selepas bercerai, ada pula yang menuding jari menuduh saya seorang lesbian apabila saya berjalan mesra berdua bersama seorang wanita berambut pendek sedangkan wanita itu adalah adik saya sendiri.

Perkara ini membuatkan keluarga saya terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh pihak tak bertanggungjawab. Namun begitu, keluarga saya tahu siapa saya sebenarnya