Kru produksi penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna telah mendakwa Tasha Shilla dan kekasihnya, Hans bermadu asmara di dalam bilik air yang ditempatkan di lokasi penggambaran.

Terkejut dengan dakwaan itu, Tasha tampil memberi kenyataan bahawa dia tidak mahu komen panjang lebar selagi tidak berjumpa dengan orang yang membuat cerita itu.

Tasha dikatakan berang kerana kerap dimalukan dengan gosip seperti ini, dia berharap supaya berhenti membuat cerita mengenainya kerana tuduhan itu melampau dan memalukan sambil menyatakan dia masih waras untuk tidak melakukan sebegitu di lokasi penggambaran.

“Siapa yang cakap benda macam ini? Saya taknak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!” tegas Tasha Shilla mengulas khabar angin ini.

“Saya sampai tak tahu nak kata apa. Memang mengejutkan sebab macam tak sudah-sudah orang nak memalukan saya dengan cerita macam ini. Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan”

“Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja?”