Siti-Nurhaliza-Kini-Hamil-MEDIAMALAYA

Ini bukan kali pertama Datuk Siti Nurhaliza dilanda gosip yang mengatakan dia mengandung. Semalam, timbul semula gosip beliau mengandung apabila dia memuatnaik sekeping gambar susu kambing dan kurma di Instagram.

Puluhan followersnya mulai mengucapkan tahniah kepada artis tersebut di ruangan komen dan inginkan perkara sebenar.

Namun dipetik Siti Nurhaliza berkata

Belum masa untuk saya bercerita mengenai perkara itu (spekulasi hamil) kerana saat ini saya fokus kepada konsert ini. Alhamdulillah ia berakhir dengan jayanya.

Tetapi jika itu doa yang baik daripada semua, Siti harap supaya semua mendoakan ia menjadi kenyataan.

Ikutkan sebelum ini Siti ada berkongsi mengenai gambar susu kambing dan kurma di laman sosial. Malah saya sempat berkongsi makanan itu kepada Hetty Koes Endang.

Sejujurnya Siti terkejut juga dengan laporan berita itu dan ada memaklumkan kepada suami. Pastinya saya akan berkongsi berita baik. Saya tak akan berselindung apa sahaja berita baik. InsyaAllah