wanmaimunahkawen09

Pelakon veteran komedi popular sekitar 90-an, Wan Maimunah difahamkan telah bercerai dengan pasangannya, Makpol Saimon sejak beberapa minggu lalu dan difahamkan kini menetap bersama anak-anaknya di Kuala Lumpur.

Sebagai nota, Wan Maimunah telah berkahwin dengan suaminya seorang pengusaha kedai makan Kacang Pol pada 14 Disember 2013. Laporan ini telah dikeluarkan oleh portal TV Selatan. Menurut portal itu, Wan Maimunah masih tidak dapat dihubungi manakal suaminya hanya tergelak dan enggan mengulas lanjut perkara itu.