Monday , September 26 2016
Home / Isu Semasa / Hadiah 100 Hari Najib Tun Razak

Hadiah 100 Hari Najib Tun Razak

najibsak

Penulis menyambut baik hadiah yang dinyatakan Perdana Menteri kita, Najib Tun Razak sempena 100 hari memerintah sebagai seorang Perdana Menteri. Penulis ingin menyentuh sedikit mengenai salah satu dari hadiah yang diberikan beliau kepada rakyat. Katanya hadiah kepada rakyat bukan? Mari kita lihat berapa jelasnya maksud hadiah kepada rakyat di matanya.

Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

Dengar kata, diskaun 20 peratus ini diberi kepada rakyat yang bekerja dan menggunakan laluan lebuhraya bertol melebihi 80 kali. Macam nonsense‘lah kan, katanya nak bantu rakyat yang berpendapatan rendah. Rakyat yang berpendapatan rendah mana yang menggunakan lebuhraya bertol melebihi 80 kali sebulan?

Kalau dah berpendapatan rendah, tentulah mereka nak berjimat, bukan?

Dan yang menarik lagi, pengguna Smart Tag dan Touch n’ Go sahaja akan menerima potongan 20%. Penulis tahulah kenapa hanya mereka yang menggunakan Smart Tag atau Touch n’ Go sahaja diberi diskaun tetapi siapa sahaja yang pakai Smart Tag dan Touch n’ Go, beb? Penulis hari ini semasa menaiki kenderaan melihat Smart Tag itu hanya melekat dicermin-cermin kenderaan yang mempunyai CC atas 1.5, rakyat berpendapatan rendah mampu memiliki kenderaan CC atas 1.5 ke?

—–

Ini adalah tambahan artikel, sebenarnya penulis belum habis menulis dan tertekan butang publish kerana hendak cepat mengambil isteri yang baru pulang bekerja.

Dan lagi pun orang yang ada Smart Tag itu adalah golongan-golongan executive-executive syarikat atau pegawai kerajaan yang menaiki kenderaan jabatan, diskaun 20% itu bukan membantu RAKYAT berpendapatan rendah, tapi lebih membantu  executive-executive syarikat dan pegawai kerajaan yang menaiki kenderaan jabatan kemudian membuat tuntutan perjalanan seolah-olah mereka menaiki kenderaan sendiri.

Dan jika pun kalau ada rakyat berpendapatan rendah menggunakan tol sehari-hari, 30 hari tolak hari Sabtu dan Ahad setiap minggu maka hanya ada 24 hari sahaja hari bekerja, 24 x 2 = 48 kali! Itu belum tolak hari cuti umum. Macam mana nak melepasi 80 kali sebulan untuk menikmati diskaun 20%?

——

Maka hadiah Najib ini tidak relevan. Hadiah Najib boleh pergi mati bersamanya kerana ia tidak menguntungkan saya dan rakyat yang berpendapatan rendah mahupun rakyat yang lain. Saya membayar RM4.60 setiap hari kerana melalui lebuhraya bertol untuk pergi bekerja. RM4.60 x 24 =RM110.40 (Ini tidak termasuk ada event). Najib mungkin boleh fikir sejenak dan memberi hadiah mengenakan diskaun 20% pada mereka yang menggunakan tol melebihi RM100 sebulan. Macam ni baru penulis boleh berjimat RM22 setiap bulan.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

haron-din

Dr Haron Din meninggal dunia, dikebumikan di Amerika Syarikat

Salah takziah kami ucapkan buat keluarga Dr Haron Din di atas pemergian arwah akibat komplikasi ...

21 comments

  1. cubalah najib bagi hadiah RM100,000 setiap warga negara malaysia.. baru best..

  2. aku xsuke najib! hahaha

  3. Isu ini bila diputar di media kelentong barisan. orang kampung akan kata.. Najib baguih… Ini adalah sandiwara politik najib untuk mendapat majoriti sokongan… Alahai najib…

  4. Sah-sah semua orang boleh congak sendiri logik ke tak 'hadiah' dia ni. 80 kali sebulan? Nampak sangat kebengongan pemimpin.

    • btl tu..alasan je..kunun bn bgs..blah la..xkan la smp nk masuk tol 80 kali sbln?gle ker..80 kali dh beratus n mau ribu duit tol tu..bengong!! kate nk menyenangkan rakyat..byk la nk menyenangkan rakyat..nk menyusahkan lagi adelaaa!!!

      • hmm.. klu skali lalu tu smpi 6 tol sehari, g blk keje kali2 plus minus…member opis aku tu ade aaa sorang aku congak2 300 kali lebey ooo… cian tol dia. tp dia skip 3 tol…lebey lai tuh, sratus lebey… hmm leh aaa dia less

  5. najib2…

    cukup2 lah ko bom seorg budak pompuan monglia..

    x yah la nak bom kocek& pikiran kitaorang lak..

    ingat kita bodoh cam dia?

    baik ko jage bini ko najib..

    x pun pergi YUN NAM hair care..

    dah bersilau mata aku tgk kepala ko yang agak berkilat 2..

    najib2..

    aku bom bini ko kang..

    hehehe..

  6. suatu tawaran yang patut difikirkan semula…..mmg tak relevan…

  7. Dah tu naik sapa suruh naik kete..naik moto la..takyah bayar tol..
    orang berpendapatan rendah masih mampu pakai kete kira bersyukur sangat la tuh..

    Cuba baca artikel diatas,penulis hanya "Dengar kata" dari sapa ntah.. maknanya tak confirm lagik…

  8. aku tak suke jugak najib….ala tunjuk dia tu pemimpin yang hebat kan??
    tu la aku tak suke duk kat KL….tol je..PM pon xbrani nk kenakan tol sparuh harga…
    alik2 kene 80 kali lalu la ape la…. tolong la jd pemimpin yang rakyat tabik dengan pentadbiran tu…

  9. Smart tag tu sesapa pun boleh beli… bukan pegawai kerajaan dan pegawai besar.. aku tengok org naik kancil pun guna smart tag.. jangan main cakap jer bila ko tak de smart tag org lain pun tak de.. ha ha ha… org yg selalu guna tol la yg beli smart tag… tapi diskaun lepas guna lebih 80 kali tak bape nak kena.. aku guna 26 kali saje gi balik tak leh dapat diskaun tu.. kan rugi tu ha ha ha

  10. dei..penduduk KL ada yang nak gi kerja 4 tol dia lalu..whohaha..yang gi g.patah je 2 x…xD..tapi najib 100hari baik dari pak lah..

  11. macam2 komen..per2 pun..tunggu dan lihat..baru 100 hari..

  12. bz toll ari ni baru leh online… facility bla2 tu utk org2 sana je ke…kitaorg ni yg dok pantai timur ni apa kes?

  13. Erk????…
    80 kali ke???…

counter statistics