Tuesday , November 21 2017
Home / Dunia Artis / Hafidz Roshdi beri amaran pembuka akaun Instagram palsu isterinya

Hafidz Roshdi beri amaran pembuka akaun Instagram palsu isterinya

Hafidz Roshdi telah memaklumkan beberapa kali bahawa isterinya tidak mempunyai sebarang akaun media sosial. Namun, baru-baru ini terdapat individu tidak bertanggungjawab telah membuka akaun Instagram palsu menggunakan nama isterinya.

Menyedari akan perkara negatif ini dan tidak mahu isterinya dalam apa-apa permasalahan, Hafidz telah memberi amaran kepada individu disebalik akaun palsu tersebut

Saya sedar ada akaun palsu yang menggunakan nama dan gambar-gambar isteri saya tiga hari selepas kami berkahwin.

Saya tidak tahu apa tujuan mereka membuat akaun tersebut. Saya menghantar mesej peribadi ke akaun tersebut dan memberi amaran supaya mereka menutup akaun itu dan tidak mencuri gambar-gambar isteri saya dengan tujuan tertentu.

Hasil siasatan olehnya mendapati akaun tersebut milik seorang lelaki yang minat kepada isterinya dan ingin menubuhkan kelab peminat.

Saya sudah selidik bahawa individu yang menguruskan akaun itu adalah lelaki dan katanya dia minat kepada isteri saya dan ingin menubuhkan kelab peminat.

Saya tidak tahu apa sebenarnya niat individu tersebut dan hanya bersangka baik sahaja. Setakat ini dia hanya ambil gambar-gambar isteri saya yang saya dan rakan-rakan baiknya muat naik di laman sosial.

Hafidz walaubagaimanapun, enggan mengambil sebarang tindakan kepada individu terbabit namun sentiasa memantau setiap muat naik dan perkembangan akaun Instagram berkenaan.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Koleksi Umie Nazeera dan suami berbulan madu di Eropah (16 Gambar)

Diam-diam kini sudah 2 bulan Ummi Nazeera bergelar isteri kepada Dr. Mohd Izzar Anwari. Mereka ...

One comment

  1. Siapalah si durjana yang bukak ig bini dye nie.. ish3

counter statistics