Monday , September 25 2017
Home / Dunia Artis / Hafidz Roshdi umum bakal gelar bapa

Hafidz Roshdi umum bakal gelar bapa

Pertama sekali, kami mengucapkan tahniah buat pelakon drama rantaian popular “Tundukkan Playboy Itu”, Hafidz Roshdi kerana bakal bergelar bapa apabila mengesahkan bahawa isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri kini hamil.

Walaubagaimanapun, Hafidz tidak memperincikan tentang kehamilan isterinya kerana belum mendapat pengesahan daripada doktor. Dipetik Hafidz berkata

Ya, isteri memang sudah hamil kerana sudah menunjukkan tanda-tanda sedang berbadan dua seperti mual dan muntah-muntah. Cuma­nya, saya belum mempunyai ke­sempatan untuk membawanya berjumpa doktor.

Barangkali, dalam waktu terdekat saya akan membawanya untuk bertemu doktor. Keluarga saya terutama ibu bapa sudah mengesahkan bahawa dia sudah hamil apabila melihat keadaan dia sekarang.

 

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Tauke Jambu berkahwin Disember 2017 (6 Gambar)

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada pelawak terkenal, Tauke Jambu yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung ...

counter statistics