Friday , September 30 2016
Home / Dunia Artis / Hafiz AF7 di saman bekas pengurus pentas wanita, RM200 ribu!

Hafiz AF7 di saman bekas pengurus pentas wanita, RM200 ribu!

Penyanyi Hafiz (AF) yang popular dengan lagu Awan Nano hari ini di saman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.

Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.

Beliau memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini,menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan “Salih Yaacob Show” di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.

Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.

Beliau mendakwa tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaanpada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya.

Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Mohd Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Mohd Hafiz menafikan ada mencederakannya.

Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenaraihitamkan daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media.

Oleh itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sumber dipetik: mStar Online

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Bakal lahir anak pertama, Nad Zainal tayang baby bump (14 Gambar)

Nad Zainal akan menyambut kelahiran anaknya sekitar bulan Oktober. Berikut antara gambar-gambar baby bump Nad ...

10 comments

  1. Terbaik ….. Cara mudah untuk dapat DUIT tambahan dekat2 nak raya nie…

  2. Tuhan tolong lembutkan hati dia….hu!hu!hu! takde hensem pun minah tu..

  3. aku xblah mana2…tp ble dh kne tolak,dh jatuh,bru pasan yg awk 2 pompuan ek?…mse kwn dgn pompuan xrse mcm pompuan plak…

  4. "terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media."

    puiii..pengkid sialan..ko sendiri yg tehegeh2 masuk melodi tayang muka..pastu ckp malu plak?

  5. lor ..pompuan rupenya ….igt kan jantan …gaya jantan sgt ..dah kena tolak sket ..apsal ko tak lwn balik ..kata jantan

  6. hahaha…pengkid sucks. jadi la perempuan sejati sepertimana yg telah Tuhan tetapkan sewaktu kau lahir. tak perlu la nak jadi lelaki. bukannya ada sperma pun.

  7. Jadah ape sampai nak saman?? Kena pukul skit macam pondan terus nak saman…eh lupa plak ko ni pompuan……haktuihhhhh!!!!!!!

  8. kesian…cepat2 la insaf n kembali ke fitrah semulajadi ye cik haniza oiii.

counter statistics