Wednesday , September 20 2017
Home / Dunia Artis / Hairul Azreen lamar Hanis Zalikha di Gegar Vaganza

Hairul Azreen lamar Hanis Zalikha di Gegar Vaganza

Pelakon Hairul Azreen telah membuat kejutan apabila melamar kekasihnya Hanis Zalikha sebagai isterinya di program Gegar Vaganza ketika siaran langsung semalam.

Program itu diadakan di Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

Hairul muncul di pentas menyertai barisan penari lain membuat persembahan dengan kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me, nyanyian asal Bruno Mars. Pada persembahan itu, Hairul telah melakukan aksi breakdance sebelum pengacara program iaitu Nabil Ahmad menjemput Hanis menaiki ke atas pentas.

“Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

“Sebelum datang ke sini (program Gegar Vaganza), saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk memdapat restu mereka.

Selepas ditanya sekali lagi, Hanis mengangguk malu dan menjawab tanda setuju menerima lamaran Hairul untuk menjadi suri aktor itu.

“Ya, saya terima lamaran ini, InsyaAllah,” ujarnya.

Kejutan itu membuatkan penonton di dewan bersorak menandakan keterujaan mereka terhadap pasangan itu.

“Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikan awak menjadi isteri saya?” lamar aktor itu.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Perniagaan berjaya, Elfira Loy beli Mercedes-Benz

Elfira Loy telah memuat naik gambar terkini dimana dia sudah berjaya memiliki Mercedes-Benz A-Class A200. ...

counter statistics