Kami ingin merakamkan jutaan tahniah buat pelawak, pengacara dan pelakon, Harith Iskander kerana telah menjadi juara dalam program “Funniest Person In The world”.
Harith, 49 tahun, telah berjaya mengalahkan empat saingan yang lain yang turut layak ke peringkat akhir iaitu Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel) bagi merebut gelaran tersebut.
Dengan kemenangan ini, Harith membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD$100 ribu (RM444,845). Sebagai nota, The Funniest Person In The World adalah sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Laugh Factory iaitu sebuah rangkaian lawak globak berpangkalan di Amerika Syarikat.