Walaupun kami belum berkesempatan untuk menonton Hikayat Merong Mahawangsa, tapi kami amat berbangga dengan pencapaian filem yang ditayangkan di 69 panggung seluruh Malaysia ini. Buat pengetahuan uols, pada hari pembukaan sahaja ia mencatat kutipan sebanyak RM500 ribu! Kini dalam masa 4 hari sudah mencecah RM2.2 Juta!

Namun begitu, dipetik Norman Halim berkata “HMM pasti berhadapan cabaran apabila ia akan dipindahkan ke panggung lebih kecil untuk memberi laluan kepada filem Ratu. Sudah tentu perubahan panggung ini turut menjejaskan kutipan HMM. Bagaimanapun, saya sedang berbincang dengan pemilik panggung untuk memberikan laluan kepada panggung kedua besar kerana yakin sambutannya masih menggalakkan untuk hujung minggu ini