Monday , September 26 2016
Home / Gossip Panas / Hukuman Penjara Bung Mukhtar ditangguhkan

Hukuman Penjara Bung Mukhtar ditangguhkan

Petikan diambil dari Mstar.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur meluluskan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama sebulan ke atasnya sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selesai.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang mengumumkan keputusan itu pada pukul 12.20 tengah hari mengarahkan pihak defendan mengemukakan notis rayuan kepada mahkamah dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 138 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003.

Bung Moktar atau nama sebenarnya Moktar Radin, 51, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu proses rayuan selesai dilaksanakan.

Terdahulu, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama satu bulan ke atas Bung Moktar atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Beliau turut dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini atas tuduhan kedua iaitu bersubahat bagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen sama.

Manakala pelakon Zizie Izette A. Samad yang didakwa atas kesalahan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di bawah akta sama pula dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara selama satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini.

Sementara itu, bagi kesalahan bersubahat mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, Zizie Izette, Datuk Ahmad Shahazmi Abdul Samad, Samzy Fuzette, Shaheizy Sam, Sahari Ahamd dan Titing Putang didenda RM1,000 atau penjara selama enam bulan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Zusyafarain Yusof dan Shafezan Rosli. Manakala kesemua tujuh tertuduh diwakili Peguam Syarie, Amli Embong.

Bung Moktar dan Zizie Izette serta tertuduh lain pada 20 April lalu mengaku bersalah atas 12 pertuduhan bersubahat melangsungkan majlis pernikahan di No. 12, Jalan TC 2B/3 Cemerlang Heights Taman Melati pada pukul 8.50 malam, 16 Disember 2009.

Ketika bernikah dengan pelakon tersebut, Bung Moktar masih mempunyai isteri, Datin Nor Asidah Alimudin yang dikahwininya sejak 24 Ogos 1991 di Sabah.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

2-suhaimi-saad-meroyan-lagi-mediamalaya

Gosip Suhaimi Saad share artikel mengenai poligami dan tuduh perbuatan fake akaun

Suhaimi Saad datang lagi dengan kontroversi terbaru apabila dikatakan berkongsi satu pautan berkaitan poligami di ...

5 comments

  1. undang wpun digubal oleh manusia sendri adalah tujuan utk kebaikan semua pihak. pemimpin rakyat cam dia ni takan le mende simple camni pun tak ble nk ikut, camne le nk memimpin rakyat klu camni. klu org biasa tu xdelah kecoh2 camni. nk suh rakyat biasa ikut undang2 tapi pemimpin sendri abaikan undang2 tersebut, so klu kalah election sok jgn nk salahkan rakyat konon tak pandai pilih ke apa ke..

  2. ape kisah duit byk..bayo je bape nak..wkakaka

  3. mcm ner ek bung ni duduk kat penjara? agak2 jadi masuk tak @ ada pihak yg melepaskan dia nie.. jes wait n see…
    ble tgk muka dia masuk tb (parlimen), menci tol, menyampah? terus aq tukar channel. cakap x srupa bikin?@!#

    • mane aci camtu.. kate undang2 tak kire siapa pun tak ble lepas. klu dah jatuh hukum tu, kena aa ikut. mana ble lepas2 plak. klu gtu rakyat biasa pun takan hormat undang2

  4. Padan muke betina yg menggedik dgn laki org.Dia ingat glamer agaknya tersengeh2 kat mahkamah tu.Dasar pompuan desperate,& padan muka siBung.Dah elok2 menjadi wakil rakyat yg dihormati, s'krg imej dah tercalar & tercemar. Dgn keluarga diSabah tak penah jadi camni.Diharapkan rakyat dikawasannya sila tukar wakil rakyat.

counter statistics