Monday , September 25 2017
Home / Dunia Artis / Instagram Nabil Ahmad telah digodam

Instagram Nabil Ahmad telah digodam

instagram-nabil-kena-hack-mediamalaya

Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad telah kehilangan 1.2 juta pengikut di Instagram gara-gara akaunnya digodam, petang semalam.

Menurut Nabil, keadaan itu memberi tekanan buatnya memandangkan akaun itu banyak tersimpan memori dan detik indah sepanjang kelahiran anak mereka dan merupakan antara medium untuk menjana pendapatan.

Dipetik Nabil berkata

 

Zira yang menyedari akaun kami digodam apabila tidak dapat memasukkan kata laluan Instagram, semalam. Apabila dia cuba untuk memasukkan kata laluan baharu, emel yang diterima bukan emel sebenar kami.

Sudah pasti keadaan ini menyukarkan tugasan harian termasuk komitmen terhadap urus niaga dengan pelanggan serta pengiklan. Sebagai langkah lanjut, saya membuka akaun baharu dengan nama @Nabilzira.

Tidak sangka dalam saya mengambil langkah berjaga-jaga selepas mengetahui beberapa rakan selebriti sebelum ini pernah menjadi mangsa godam, akhirnya terkena jua.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Tauke Jambu berkahwin Disember 2017 (6 Gambar)

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada pelawak terkenal, Tauke Jambu yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung ...

counter statistics