Nur Liyana Abdul Manan telah menarik balik kes fasakh yang difailkan pada 1 Oktober 2013 terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais dan telah diluluskan oleh Mahkamah Syariah Klang.

Keputusan itu telah dibuat oleh Hakim, Zainal Abidin Kusmin selepas peguam Nur Liyana mengemukakan permohonan tersebut. Walaubagaimanapun, Nur Liyana telah mengemuka permohonan baru ialah perceraian secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013.