Tuesday , May 30 2017
Home / Dunia Artis / Isteri pelakon Shukri Yahya dijangkiti penyakit kencing tikus

Isteri pelakon Shukri Yahya dijangkiti penyakit kencing tikus

Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya telah dimasukkan ke hospital swasta dan telah ditahan apabila disahkan dijangkiti virus leptospirosis atau kencing tikus hari ini.

Siti Nurfatihah telah demam selama 10 hari dan pihak klinik tidak dapat mengesan tanda-tanda penyakit sebelum dirujuk ke hospital pakar. Suhu badannya mencecah 39 – 40 darjah celcius dan mengigil apabila menjelang malam. Dipetik Shukri berkata

 

“Dalam tempoh 10 hari itu, ada hari yang dia sihat namun apabila diserang demam, suhu badannya mencecah 39 hingga 40 darjah celcius dan badan akan menggigil menjelang malam.

“Apabila badan Tya mula sakit-sakit dan dinaiki bintik-bintik merah, kami terus ke hospital dan melakukan ujian darah sebelum doktor mengesahkan dia mengalami simptom penyakit kencing tikus,”

Menurut Shukri lagi, kesihatan isterinya itu semakin pulih namun masih perlu berehat di hospital untuk memastikan kesihatannya kembali stabil.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Nassier Wahab dianugerahkan DIMP, bawa gelaran Datuk

Sekalung tahniah kami ucapkan buat penyanyi popular era 1980-an, Nassier Wahab, 55, apabila dianugerahkan Darjah ...

Leave a Reply

counter statistics