Menurut dakwaan media Australia, seorang gadis bernama Jonti Roos dan rakannya, Jaan Maree telah tampil membuat pengakuan bahawa telah dibenarkan untuk memasuki bahagian kokpit pesawat bersama dengan Co Pilot Fariq Abdul Hamid pada tahun 2011.

Mereka telah dipelawa oleh juruterbang Fariq ketika berada penerbangan dari Kuala Lumpur – Phuket pada tahun 2011.

Tindakan itu merupakan suatu kesalahan dan melanggar peraturan penerbangan. Walaubagaimanapun, pihak MAS melalui satu kenyataan rasmi enggan mengulas perkara berikut dan mereka sedang memberi tumpuan kepada misi pencarian pesawat MH370.