Tuesday , November 21 2017
Home / Gossip Panas / Isu gambar lama peluk kekasih, Mawar Rashid jadi mangsa (5 Gambar)

Isu gambar lama peluk kekasih, Mawar Rashid jadi mangsa (5 Gambar)

Masih ingatkan anda pada finalis Dewi Remaja, Mawar Rashid ini? Baru-baru ini sekeping gambarnya bersama kekasih yang seakan berpelukan telah tersebar di laman sesawang Instagram bernama miss_kepoh. Gambar tersebut telah menerima reaksi negatif para follower individu tersebut.

Namun, bagi Mawar Rashid telah menjelaskan bahawa gambar yang disebarkan itu adalah gambar daripada kisah silamnya yang telah diambil dan disebarkan atas sebab mahu mencemarkan imejnya yang seakan makin popular.

Dipetik Mawar berkata

Tidak dinafikan ada pihak yang pihak yang mengambil gambar lama saya dan menggunakannya untuk menjatuhkan saya. Namun saya enggan menuding jari kepada mereka. Ini salah saya sendiri kerana tidak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memilih untuk bergerak aktif dalam bidang seni.

Bagi saya, setiap orang mempunyai kisah silam dan sejarah hitam sendiri. Namun janganlah ia digunakan untuk menjatuhkan individu tersebut.

Mawar sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila menjawab soalan berkaitan GST dengan penuh kesilapan ketika ditemuramah pengacara Dewi Remaja.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Nur Sajat cuba buktikan kewanitaan, tunjuk darah kotor

Siapa tidak kenal usahawan terkenal, Nur Sajat. Ada saja cerita pelik daripada dia bermula dengan ...

counter statistics