Monday , June 18 2018
Home / Dunia Artis / Jam tangan mewah Bell & Ross, hadiah hari jadi anak Rozita Che Wan

Jam tangan mewah Bell & Ross, hadiah hari jadi anak Rozita Che Wan

Sempena majlis ulang tahun kelahiran yang ke-19 anak sulung pelakon Rozita Che Wan yang telah diraikan dengan serba kemewahan, semalam. Pelakon itu telah menghadiahkan anaknya sebuah jam tangan mewah berjenama Bell & Ross Aviation Collections.

Jam tangan rekaan Bruno Belamich ini mampu mencecah harga RM18 ribu hingga RM50 ribu. Tiada yang pelik dengan hadiah seorang ibu ini kepada anaknya kerana sebelum ini, Ammar, anak sulung Rozita telah dihadiahi sebuah kereta BMW 6 Series kerana telah berjaya dengan cemerlang di dalam keputusan SPM.

Dipetik Rozita berkata

Saya beli jam tangan sahaja, jenama Bell & Ross. Kalau hari lahir, hadiahnya biasa-biasa sahaja. Tetapi kalau dia bagus dalam peperiksaan, barulah saya beri hadiah yang istimewa.

Anak lelaki ni, kita kena didik betul-betul. Pelajaran kena ada. Agama pun mesti cukup. Mereka juga perlu sedar diri asal usul agar boleh bawa diri kemana-mana mereka pergi. Alhamdulillah, setakat ini mereka dengar kata.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Johan As’ari minta Polis siasat rumah Tun M (3 Gambar)

Umum ramai ketahui, kini sedang rancak Pihak Berkuasa sedang menyiasat skandal kewangan yang melanda negara ...

counter statistics