Thursday , December 8 2016
Home / Lain-Lain / Jamal Abdilah buat album baru

Jamal Abdilah buat album baru

16

TIADA istilah bersara dalam hidup Raja Pop unggul tanah air, Jamal Abdillah sejak menghambakan diri dalam bidang seni sejak 30 tahun lalu. Malah, bekas Juara Bintang RTM 1979 yang mencecah usia 50 tahun ini mengakui dia akan terus menyanyi selagi diterima peminatnya.

“Menyanyi adalah cara saya meluahkan perasaan termasuk ketika berhadapan dengan apa saja masalah atau dugaan hidup sejak bergelar anak seni.

25

“Saya juga bersyukur dalam krisis ekonomi global dan kegawatan pasaran album ketika ini, syarikat rakaman Warner Music masih memberi sepenuh kepercayaan untuk saya tampil dengan album penuh tahun ini,” katanya.

Terus terang, kata Jamal, dia juga tidak pernah terfikir untuk mencari syarikat rakaman lain kerana sudah selesa dengan Warner Music sejak dulu lagi.

“Kehidupan saya juga dari dulu sampai sekarang lebih mudah di bawah pengurusan mereka. Kalau bertukar syarikat rakaman, saya perlu berhadapan dengan kerenah birokrasi syarikat baru. Justeru, lebih baik saya fokus pada satu syarikat rakaman saja sampai bila-bila pun,” katanya.

Tidak tidak cukup dengan itu, Jamal juga antara penghibur tempatan yang sering diundang membuat persembahan makan malam untuk golongan kenamaan atau VIP.

“Saya difahamkan ramai VIP yang membesar dengan lagu saya dari dulu sampai sekarang. Maklumlah, saya mula menyanyi pada 1979 dan ketika itu mereka masih menuntut di kolej dan universiti di luar negara.

“Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah juga tahu mengenai lagu Seroja yang saya dendangkan ketika membuat persembahan yang dihadiri olehnya sebelum ini.

“Tidak dinafikan, memang ada pihak VIP yang berminat untuk menaja album saya sebelum ini dan mereka juga sebenarnya peminat saya juga,” katanya.

Terkini, legasi anak seni versatil yang dilahirkan pada 7 Mei 1959 – sama tarikh lahir dengan Raja Pop Dunia, Michael Jackson – diteruskan dengan kemunculan bingkisan album terbarunya yang juga album ke-20 bersama Warner Music, Tak Hilang Cinta yang menjengah pasaran tempatan pada 16 April nanti.

Selain muncul dengan album baru, tahun ini, Jamal juga merancang mengadakan konsert secara besar-besaran, berjudul Kembara Seni (Seniman) Jamal Abdilah buat peminat setianya pada 5 hingga 9 Ogos nanti di Istana Budaya.

“Saya akan menyampaikan rangkaian lagu popular dari dulu hingga kini dengan iringan orkestra bagi mengubat kerinduan peminat selama ini.

“Apa yang istimewa, saya tampilkan konsep baru dalam konsert ini. Saya juga akan buat sketsa dalam persembahan nanti. Contohnya, jika saya buat persembahan lagu Seniman Menangis, saya akan selitkan babak lakonan di dalamnya.

“Artis yang diundang dalam konsert saya juga mereka yang terbabit secara tidak langsung dengan kerjaya seni atau pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini seperti Datuk David Arumugam (Alleycats), Ogy Ahmad Daud dan komposer veteran Datuk Ahmad Nawab.

“Selain itu, diselitkan juga dengan temubual bersama tokoh terkenal seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi pandangannya mengenai saya,” katanya.

Jamal ditemui pada majlis pelancaran album terbarunya Tak Hilang Cinta di Red Box, The Gardens, MidValley, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Artist & Repertoire Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad.

engenai album barunya itu, Jamal berkata, ia mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.

“Proses pemilihan lagu dibuat dengan teliti kerana saya ingin pastikan album ini memuaskan hati saya sendiri dan pada masa sama yang terbaik buat peminat. .

“Dalam keadaan sekarang, saya juga tidak kisah buat perubahan dari segi muzik yang diketengahkan kerana saya perlu mengikut aliran muzik terkini terutama untuk menawan hati peminat baru,” katanya.

Jamal berkata, album barunya itu menampilkan kelainan daripada yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

“Buat julung kalinya, saya akan bekerjasama dengan penerbit baru yang belum pernah menerbitkan album saya sebelum ini, Shah. Penerbit bersama lain ialah komposer Eddie Marzuki dan Adnan Abu Hassan.

“Tak Hilang Cinta mempertaruhkan Apa Lagi sebagai single pertama saya. Apa yang menarik ialah rentak funk yang belum pernah saya terokai sebelum ini dengan menampilkan sentuhan komposer baru yang meningkat naik, Rohunaim.

“Tiga lagi lagu ciptaan Rohunaim ialah Tak Hilang Cinta Di Dunia, Ku Sejiwamu dan Waktu Kerinduan (lagu/lirik),” katanya.

Album baru itu turut menampilkan dua lagu ciptaan Adnan iaitu Cinta Dua Darjat dan Kembara Yang Indah (lirik Faris). Sebagai kelainan buat peminat, Jamal juga bekerjasama dengan Daly dari Ahli Fiqir dalam lagu berbentuk medley, Terpesona Dusta.

Tidak ketinggalan, tiga lagu ciptaan Jamal sendiri iaitu Di Mana Akhirnya, Keindahan Mimpi dan Akulah Kekasihmu (ciptaan Jamal/Ad Samad). Sepanjang bernaung di bawah payung Warner Music, Jamal sudah menghasilkan sebanyak 19 album sejak 1980.

Antaranya, Perpisahan Tanpa Relamu (1980), Derita Cinta (1981), Hatiku Luka Kembali (1982), Layang-layang (1983), Mati Hidup Semula (1986), Untukmu (1988), Sepi Seorang Perindu (1989), Seniman Menangis dan Sendiri (1990), Jamal (1991), Penghujung Rindu (1994), Suratan Kasih (1996), Penawar Kasih (1997), Samrah Mentari (1998), Segala Cinta (2002), Raja Pop Kompilasi (2003), Aku Penghibur (2005), Raja Cinta-kompilasi (2006) dan Live Istana Budaya (2007).

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

08-haiwan-tukar-mata-mediamalaya

Super Kelakar: Jika sesetengah binatang matanya tidak ditempat asal (13 Gambar)

Siapalah pedajal gambar-gambar haiwan ni. Haha!

5 comments

  1. boleh laku kah album ni???

  2. sbgai peminat Jamal…..aku rase album ni ok…….cuma lagu2 nye yg leh top cuma 2 or 3 buah je yg leh pusing dlm radio…….

  3. steady la jamal….all the best

  4. Saya dah dapatkan cd terbaru 'tak hilang cinta'.rasanya lagu tu je yang ok.yang lain agak kurang…tp tak tahulah pendengar yang lain menilai.Walau apa pun tahniah kepada Jamal.

counter statistics