Wednesday , September 28 2016
Home / Gossip Panas / Jawapan AC Mizal mengenai gelang palsu, jawapan kami

Jawapan AC Mizal mengenai gelang palsu, jawapan kami

Kami terfikir berapa ribu agaknya wartawan dari Harian Metro menerima bayaran daripada AC Mizal ketika AC Mizal membuat kenyataan mengenai gelang palsunya itu. Sebab apa, kenapa kenyataan AC Mizal hanya keluar di Harian Metro dan bukan Utusan Malaysia serta Berita Harian tanpa usul periksa terlebih dahulu. Kami amat kecewa dengan Harian Metro beberapa hari ini. Malah Harian Metro juga kerap mengepost berita auta sebelum ini.

Terdapat 5 dakwaaan yang AC Mizal jawab di situ, walaubagaimanapun masih ade kemusykilan di situ. Mari kita lihat.

[quote]1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000
Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.[/quote]

Kalau AC Mizal boleh menuduh blog mengubahsuai harga gelang tersebut, begitu juga mereka boleh menuduh AC Mizal mengubahsuai harga gelang USD25 kepada RM1000 seutas! Kami mahukan bukti! bukti! bukti! Bukan omongan kosong di akhbar. Malah berita terbaru harga seutas gelang tungsten semakin murah iaitu USD12.50! [via] [quote]2) Tiada Lesen Jualan Langsung
Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.[/quote]

Menurut sumber KPDNKK, jika siasatan mendapati Ilham Prestij Sdn Bhd membenarkan sijil jualan langsung digunakan oleh syarikat lain, antara tindakan yang bakal diambil termasuk pembatalan sijil berkenaan. [via] [quote]3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London
Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.[/quote]

Bukti jelas dan nyata, AC Mizal pernah meletakkan testimoni menggunakan ID facebooknya sebagaimana gambar di bawah. Selepas kenyataan no. 3 ni keluar, kami yakin ini adalah punca AC Mizal menutup fan page gelang tungsten-nya. Untuk melarikan bukti! [via]

[quote]4) Testimoni yang ditiru daripada laman web
Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.[/quote]

Kenyataan paling kelakar kami baca setakat ni, hampir setahun namun die boleh kata dia tak tahu ianya ditiru. Testimoni ini masih wujud dan boleh dilihat di:

  1. Testimoni di laman web gelang AC Mizal. Ini pula testimoni sebenar dari Magna-Health.

in case jika laman web gelang AC Mizal mengubahnya, kami sudah print screen beserta tarikh.

[quote]5) Gelaran Datuk
Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti.[/quote]

Siapa kata AC Mizal mahu berlagak menggunakan gelaran tersebut sila angkat tangan. Berdasarkan profil Facebook AC Mizal di bawah, walaupun AC masih menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan pada sesi kedua pada bulan ini atau bulan depan, AC Mizal sudah menggunakan title tersebut di Facebook dan laporan polisnya.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

02-remy-ishak-pasang-bodyguard-mediamalaya

Remy Ishak kini dikawal pengawal peribadi selepas terima ugutan bunuh (7 Gambar)

Pada bulan lepas, kami ada memaparkan berita dimana pelakon, Remy Ishak menerima ugutan bunuh gara-gara ...

17 comments

  1. saya benci kerana tipu orang melayu…kalu tipu orang cina saya tak kesah!huh!

  2. Paling tak tahan bile ac ckp pasal menghina kesultanan raja2 melayu. dah takut, pastu nak bukak silap orang lain. adakah ac masih tidak nmpk lagi kesilapa yg pernah dia lakukan dulu terhadap bekas isteri dan anak2 nya. inilah dia ujian allah buat ac. tapi nmpk gayanya masih tak sedar diri!

  3. huhuhuhu..
    bagus MM.. rasa nya ini entry palng byk pendedahan tentang penipuan gelang besi ACK.
    fyi, kawan sa ada join MLM ni. dan sedang menggaru kepala akibat kerugian dan terpaksa menanggung hutang.
    *hanya tunggu beliau terjun dari balkoni tingkat 11 rumah beliau jak ni. muahahahaha*

  4. hmmm gelaran datuk sultan pahang ni memang sejarahnya agak panjang n kontroversi….

    Kelantan Akan Keluar Dari Malaysia!!!

  5. penipu..tipu melayu ke cina ke india ke..ttp penipu..subhanallah

  6. Saya sibuk, mampukah saya hafaz Al-Quran?

  7. gila racist first comment tu

  8. KENE KELETONG ARTIS AJE LER….

  9. tak kira bangsa apa, penyangak yang suka ambik hak orang lain ni memang patut dilaknat allah. peragut beg tangan, perompak, penyamun, perogol dan termasuk lah upline2 MLM yang banyak dapat keuntungan dgn merompak duit dengan cara halus ni.

  10. bertobatlah wahai ac mizal…. masih belum terlambat..
    pulangkan balik duit2 org yang ko sebat tuh…
    pesanan kepada aku dan korang jugak… MLM ni ada yang ok dan ada yg tak… cuma sebelum masuk tu kaji dulu lah, tanya Ustaz contoh Ustaz Zaharudin, pakar ekonomi ker… jgn main masuk aje.. kang menyesal tak sudah..

  11. klu dpt title datuk sbb kes mcm ac mizal ni,sorry to say le..skit pn aku x respect.klu ada ank buah dia dtg jual gelang hampeh tu kt aku..aku 'hulur' kaki je…

  12. artis malaysia.. ramai yang tak leh pakai

  13. eh die kaye erk…ape kati bg duit kt ank ko dgn bini 1st dulu…sian dorang…

counter statistics